Wednesday, March 30, 2011

Pertemuan kali kedua! =D


Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat baginda :)

Sedikit perkongsian:
Semalam saya dan keluarga berkesempatan untuk bersama dalam Majlis Selawat anjuran Darul Hasani (Bangi) untuk meraikan kehadiran seorang Arifbillah yakni Syeikh Al Habib Dr Yusof Muhyiddin Al Hasani.(gambar)
Beliau merupakan keturunan Rasulullah saw.

Kami sekeluarga tiba di Darul Hasani sewaktu mereka semua sedang berqasidah. Qasidah yang diperdengankan seakan pernah didengari. Rupa-rupanya qasidah tu qasidah yg kerap dimainkan di pengajian Syeikh Fuad .

Selesai solat isya, semua yang hadir menunggu kehadiran Syeikh Yusof dengan tenang sambil mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan rakan-rakannya.

Ustaz Raja mengatakan kami diuiji oleh Allah dengan masa ketibaan syeikh yang kami kasihi , Syeikh Yusof. :)
Tazkirah yang disampaikan amat berharga. Ustaz Raja Mukhlis ada juga menceritakan tentang musalsal mahabbah. (kalau nak tau lebih lanjut, boleh dapatkan buku Ustaz Raja yang bertajuk 40 Hadis Ihsan .. (dalam proses penerbitan ) hehe..

Dann...
tibalah masa yang ditunggu-tunggu..
Kedengaran bunyi enjin kereta masuk kedalam kawasan parking.
Dann..
Syeikh Yusof keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam markas Darul Hasani.
Beliua kelihatan gembira walaupun letih .
Saya berasa sangat teruja kerana masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan beliau buat kali kedua.
Terasa macam dapat jumpa sesuatu yang hilang, gembiranya tidak terkata.
(okay, its hard for me to put in words. <3 ) ..

Seterusnya, Seyikh Yusof teruskan majlis dengan sedikit tazrikah.
Tazkirah yang best.
Syeikh pesan : Berfikir sebelum bercakap. dan pilihlah sesuatu yang abadi.
dan banyak lagi..

Tibalah saat Syeikh Yusof berhenti bertazkirah. Beliau meminta izin untuk berehat.
Walaupun agak sedih nak tinggalkan, tapi kena fahamlah keadaan beliau .
Jadual beliau di Malaysia agak sibuk dengan program-program dakwah.
Sekiranya berkesempatan, kami nak ajak beliau melawat pejabat kami , PELIMA MEDIA SDN BHD di Bangi. :)

Sekian saja perkongsian kali ini.

I wish to meet him again and again and again :)



No comments:

Post a Comment