Thursday, March 31, 2011

Perlu ke ?

Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat. :)

Earth Hour bergiat lagi pada hari Sabtu lepas. Untuk pengetahuan kalin (yg tak tahu tentang Earth Hour ni) , program Earth Hour ni merupakan satu langkah untuk menyelamatkan bumi . Sewaktu Earth Hour, sesiapa yang berminat (yang ada kesedaran terhadap alam sekitar) hendaklah menutup lampu selama satu jam bagi menyokong program ini.

Pada hari Sabtu lepas, saya dan keluarga berada di Masjid Negeri Shah Alam untuk bersama-sama menghadiri majlis Maulid bersama Habib Munzir Musawwa yang datang ke Malaysia.

Sepanjang ceramah beliau, lampu pada mulanya dipasang tetapi sewaktu jam menunjukkan pukul 8.00pm, lampu-lampu besar mula dipadamkan.
Namun, ceramah masih terus menerus berlangsung tanpa sebarang gangguan , masyaAllah :)

Walaupun sewaktu program besar diadakan, tapi rasa prihatin terhadap alam yang membenih dalam hati masyarakt masjid tersebut membuatkan mereka menyahut program Earth Hour ni. :)

Namun, ada sesetengah pihak yang masih keliru tentang program Earth Hour ni.
Berdasarkan apa yang saya perhatikan, ada yang musykil kenapa Earth Hour dilakukan waktu malam? kenapa tidak waktu pagi.. dan sebagainya.

Saya menjawab persoalan mereka dengan mengatakan sekiranya di waktu pagi, kita tidak perlukan lampu kerana adanya matahari yang menyinari alam . Tapi, waktu malam lain. Kita perlukan lampu sebab tanpa lampu, kita tak nampak. Justeru, kalau kita korbankan benda yang kita perlukan, barulah bermakna sesuatu pengorbanan tu.


Bagi saya, walaupun ada yang kata Earth Hour ni benda remeh tapi sebenarnya program ni merupakan langkah pertama untuk kita buat bagi selamatkan bumi.
Everything begins with a smal step. We cannot move forward with big steps coz there will be loop somewhere.

Biarpun tampak mudah dan remeh, tapi asalkan dapat menyumbang kepada kesejahteraan alam :)

Sekian.

No comments:

Post a Comment