Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat.. :)
**
Bila benda dah jadi biasa..
Semenjak kita dilahirkan, sumber air terus menerus membantu kita dalam urusan harian kita. Tapi, zaman dulu nak dapatkan bekalan air bersih agak susah kerana tidak ada sistem pembentungan dan sebagainya lagi. Jadi, masyarakat dulu menghargai nikmat air lebih daripada kita menghargainya sekarang.
Dalam masa kini, kita dapat lihat banyak pencemaran air berlaku. Sampah sarap dibuang ke dalam sungai, sisa toksik juga dan lain-lain. Adakah sebab mudahnya kita mendapat sumber ini sehinggakan kita tak reti nak menghargainya ? atau sebab kita terlampau leka dengan 'pembangunan dunia' ? atau sebab benda ni dah biasa dengan masyarakat kita sehinggakan air sungai yang keruh dan kotor tidak lagi menjadi kegusaran hati kita ?
Sebagai seorang Muslim , kita sepatutnya memelihara dan menjaga alam sekitar kurniaan Allah ni.
Tapi, bila benda ni kita anggap seperti norma dalam kehidupan , kita akan ambil kesempatan dengannya.
Alam sekitar bukan sahaja air bahkan semua yang ada disekeliling kita termasuklah pokok-pokok, udara, tanah , haiwan dan sebagainya.
Saya nak bagi contoh betapa Nabi Muhammad sayang akan alam sekitar. Sewaktu zaman Nabi, masjid Nabi dibina disekeliling pokok-pokok tamar. Baginda tidakpun mencantas atau menebang pokok tersebut walaupun baginda nak dirikan sebuah masjid yang mulia.
Cerita ini membuktikan Nabi Muhammad memelihara alam disamping membuat pembangunan .
Kita elakkan daripada ambil tabiat sambil lewa terhadap alam sekitar ni :)
Justeru, marilah kita sama-sama buat satu langkah (walaupun kecil) untuk membantu memelihara alam sekitar. Kalau tak boleh buat banyak, sikit pun jadilah.
Mulakan dengan tidak membuang sampah merata-rata, kurangkan penggunaan plastik dan lain-lain lagi.
Everything begins with a small step :)
Jom pelihara bumi sama-sama =D
-nfmr-
No comments:
Post a Comment