Assalamualaikum .
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat.
**
Petang tadi penuh bermakna buat abi, saya dan Pelima Media Sdn Bhd juga. Dua orang syeikh datang ke teratak Pelima Media di Bangi untuk melawat.
Kedua-dua orang syeikh itu ialah :
1. Prof. Dr. Syeikh Muhammad Fadhil al-Hasany al-Husaini, pendiri al-Jailani Center di Istambul Turky. Dia adalah cucu ke-23 dari Syeikh Abdul Qadir al .I.nl.nu dan lahir di Istambul, Turki, 1 April 1954-
2.Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.
Mereka diiringi oleh pelajar-pelajar Darul Hasani.
Sebenarnya, semalam sepatutnya Syeikh2 tersebut menziarahi pejabat Pelima tetapi atas urusan tertentu, mereka tidak berkesempatan.
Tapi Alhamdulillah, petang tadi, Pelima Media seakan menerima tuah apabila mereka menjejakkan kaki mereka ke pejabat Pelima.
Kedua-dua orang syeikh tadi bersembang dengan Abi. Syeikh Fadil berbahasa Arab manakala Syeikh Rohimuddin berbahasa Indonesia.
Saya tolong Sahlan hantar minuman dan sedikit biskut ke bilik mesyuarat. Pelajar Syeikh Fadil beritahu bahawa Syeikhnya minum air teh o tanpa gula. (kena try minum nih :P )
Kak Ada pun cepat-cepat bancuhkan teh o terebut dan saya menghantar minuman tu ke bilik meeting.
Dan..
dannn..
Syeikh Fadil berbicara dengan saya.
"No sugar? "
*yeah, no sugar." *SMILE*
Wahhh. Keturunan Nabi Muhammad dan Syeikh Abdul Qadir Jailani cakap dengan saya! *awesome giller!!*
Kerancakan perbualan mereka berakhir sekitar jam 6:45pm.
Dan terdapat persetujuan diantara Pelima Media dengan pihak mereka. Alhamdulillah :)
Tetapi, yang paling penting, keturunan Nabi Muhammad dan keturunan Sultanul Aulia datang melawat pejabat Pelima Media Sdn Bhd. Berkat kehadiran mereka tuh yg paling penting :)
InsyaAllah, keberkatan mereka ni akan membantu Pelima Media untuk terus maju dalam memperjuangkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al Asyairah wal Maturidiyah) .
Amin.
Terima kasih kepada Kak Ada n Sahlan sebab sanggup tunggu sampai jam 6:45pm tuh. :)
Gamabr-gambar petang tadi insyaAllah akan dimuatnaik ke dalam facebook.
Saya memang nk upload disini tapi, takde usb :P
hehe..
Moga-moga kegembiraan hari ni akan bersambung untuk esok.
(hehe.. keputusan SPM) .
Terima Kasih sbb baca :)
*gembira*
No comments:
Post a Comment