Huh. Dah berapa kilo habuk kat blog ni agaknya? It's been awhile i x update blog. Well, maklumlah sibuk dengan exams. ^^
Much to the statement, exam isn't over yet. A week to go.

Hmm..
Kenapa turning point? Macam nak cari maximum or minimum point utk graph lah pulak kan?
Turning point yang saya maksudkan disini berbeza daripada dalam Add Math/Mathematics.
Tapi, turning point dalam kehidupan.
Setiap orang akan mengalami peringkat turning point ni dalam kehidupan masing-masing. Its either turning point to be a better person or vice verse.
Bila agaknya seseorang tu akan mengalami turning point ni?
hmm..
It depends on the individual himself. Secara majoritinya, orang akan menemui turning point mereka bila mereka menghadapi satu kesulitan atau ujian yang agak berat dalam kehidupan mereka. Dengan ujian/kesulitan ini, terkadang membuatkan seseorang tu fikir kenapa Allah bagi ujian yang sebegitu rupa terhadap dirinya.
Ujian yang Allah bagi untuk setiap individu juga berbeza-beza. Ada orang diuji dengan kemewahan hidup yang melimpah ruah. Allah menguji sejauh mana dia bersyukur dengan harta yang telah Allah rezekikan.
Ada pula yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Allah menguji tahap kesabarannya pula.
Ujian-ujian dalam hidup boleh diibaratkan sebagai air yang berada dalam condition yang berbeza-beza. maksudnya, kalau air diletakkan ditempat yang suhunya bawah 0 darjah Celsius, air itu akan membeku dan berlaku perubahan daripada segi sifat fizikalnya. Air menjadi lebih teguh. Kalau kita hadapi ujian dengan redha, insyaAllah it will make us grow stronger and moremature. Tapi kalau sebaliknya, kita akan jadi macam wap air yang tidak tetap bentuk fizikalnya.
kiranya nanti kita akan banyak mengalami sindrom keliru.
huhu..

Sekiranya kita rasa tidak mampu untuk menempuh ujian-ujian itu, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang luar daripada kemampuannya. Allah kan Maha Penyayang. Kalau kita diuji dengan ujian yang kita rasa amatlah berat untuk digalas oleh bahu kita, ingatlah kita merupakan seorang yang gagah.Tu sebabnya Allah uji. :) Walaupun masalah tu lagi berat daripada 50 ekor gajah Siam, kita InsyaAllah mampu untuk mengharunginya.
Dalam masa yang sama, kita juga perlukan teman untuk sama-sama bantu dalam menyelesaikan peperangan emosi dan sebagainya. Orang disekeliling kita amat diperlukan untuk memberi nasihat dan menjadi pendengar sejati. So, when you have problems, don't keepit to yourself. Share with your trusted lassie/chaps/family. If you keep it all by yourself, boleh jadi meroyan kot. huhu..
Hmm..
Semoga kita dapat menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari. Hopefully, kita akan dapat mencari keikhlasan dalam kehidupan kita walaupun keikhlasan tu ibarat semut hitam yang berjalan dalam kegelapan malam. Wujudnya dia tidak kelihatan tapi hakikatnya dia ada.
that's all.
thank you for reading.
No comments:
Post a Comment