How are you guys? Hopefully all of us are in pink and still can verbalise syahadah. :)
Pemurah atau Murahan?
Apa yang dihantar oleh neuron2 korang bila baca tajuk pos ni? Huhu.. *sila komen yeah ap yg korang fikir* hehe..
Alright, pemurah? Apa tu pemurah? Murahan? Apa tu murahan?
Pemurah ni kira satu perkataan yang agak subjektif utk dirungkaikan maksudnya. Yelah, ada orang kata seseorang tu pemurah bila dia suka belanja keluarga n sahabat handai. Ada jugak yang kata orang yang suka bersedekah tu sbg pemurah and even orang yang suka senyum pun dikatakan pemurah. So,its a subjective word.
Murahan apa pulak? hmm.. Perkataan murahan selalu membawa persepsi yang negetif dalam masyarakat kita kan? Yelah, korang mesti selalu dengar perempuan murahan kan? so, they use the word murahan to describe bad things. hey, opps! perempuan je ke yang ada murahan? How about lelaki murahan? Ada jugak kan? Siapa setuju? hehe.. dah, dah. nanti karang jadi gender war pulak. :)
Apa apa pun, hari ni saya saja nak tulis pasal pemurah. Sorry lah Murahan. I have no idea yet on what to write about you. hehe..
Alright, sebelum kita menerjah macam mana situasi ataupun amalan pemurah tu dalam kehidupan kita yang berspecies sapien ni jom kita tengok sifat Pemurah Pencipta kita yang satu, Allah swt.
First and foremost, Allah generosity is way too different from us. not just as different as chalk and cheese but more than that. Allah is the Owner of all creatures and of course He's the Most Generous and Most AlMighty.
Kalau nak cerita pasal pemurahnya Allah, memang tak kan habis even sampai bila-bila sebab terlampau banyak.
Sejak penciptaan manusia pertama, Adam as pun kita boleh teliti betapa pemurahnya Allah. (but, don't limit sifat2 Allah, even sebelum Adam dijadikan lagi. :) )
Adam dijadikan daripada tanah dan dia keseorangan di syurga, memerlukan teman. Lantas, Allah menjadikan Hawa daripada tulung rusuk Adam utk menemani Adam. Allah Maha Pemurah sbb tak nak tengok Adam keseorangan di syurga. Just imagine if Allah has opposite character , Eve wouldn't be created and there would be no human anymore. Kita pun tak de lah. Kita pun tak boleh lah pulak nak rasa kehidupan kat dunia darul fanaa ni . huhu..

Next;
Breathe in ......
Breathe out.....
huhhh~
Udara yang ada kat sekeliling kita ni percuma je kan? Just imagine kalau kena bayar? Perggh! Bukan setakat poket koyak, paru-paru, aveoli pun boleh koyak jugak.
Tapi, Allah tu kan Maha Pemurah, Dia bagi kena hirup udara dengan percuma supaya kita boleh terus bernafas dan mengabdikan diri kepadaNya. n_n
Kita dapat bernafas dengan sempurna ni pun kira salah satu daripada nikmat yang Allah dah bagi walaupun kita cemarkan alam sekitar. Huish! Teruk jugak kan kita ni! Dahlah hirup udara free2, tapi cemarkan alam dengan segala macam benda beracun pastu boleh pulak kita lupa dekat Allah yang memberi nikmat.
Kalau manusia, tandas awam pun kena bayar. kononya nak pastikan tandas tu sentiasa bersih. tapi, kotor jugak. x_x
Kita sebagai manusia memang tak sempurna. Siapa rasa dia sempurna? Even perfectionist ain't perfect. haha.. Hanya satu je yang sungguh sempurna di alam ni iaitu Allah swt. :)
Kita yang tak sempurna ni mestilah tak lari daripada melakukan kesilapan, kekhilafan, betul tak? Lidah pun kita boleh tergigit. huhu.. Padahal lidah tu kawan baik gigi.
Kita juga selalu melakukan kemungkaran. Contoh perkara yang kita selalu buat eventhough we know there are wrong like lewat-lewatkan solat, tinggalkan solat sebab kononnya tak sempat, dan banyak lagi. Kalau nk dikirakan, memang dah banyak kesalahan kita buat.
Tapi, tak kan kita nk biarkan je benda ni? Nanti akan bagi kesan kat kehidupan akhirat kita.
Jadi, kita pun perlu bertaubat kepada Allah dan sebaik-baik taubat ialah taubat nasuha. Kita ni kadang-kadang 'tau buat' je, taubat tak reti. hehe.
Walau sebanyak mana pun dosa yang kita dah buat, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah amat pemurah dengan kemaafan. Semoga kekhilafan yang telah kita lakukan mendapat keampunan daripadaNya.
Amin~
Manusia yang pemurah?
Let me make it as short and as simple as it can alright.
Mereka yang pemurah ialah mereka yang bibirnya sentiasa berzikir mengagungi kebesaran Penciptanya dan sentiasa berselawat ke atas utusan Tuhan mereka iaitu Nabi Muhammad saw. Kalau sentiasa berzikir n berselawat , kita juga yang dapat habuannya.Kita tau, tapi jarang-jarang sekali amalkan. huhu.. Semoga kita boleh jadi manusia yang pemurah dengan zikir dan selawat.
Tambahan lagi, apa yang ada didalam hati akan ditunjukkan diluar juga. Kalau kita selalu zikir n selawat mesti peribadi kita bertambah baik. Tak gitu? hoho.
Though its sorta diff to do it as a routine, but we could start it slowly. hoho. May Allah bless us the inclination towards good things. :)
thats all for this time :)
Wasalam.
Take care ^^
No comments:
Post a Comment