Assalamualaikum.
Tajuk hari ni agak menyentuh perasan saya n kawan-kawan perempuan sekelas.
Kelas Pendidikan Islam tengahari tadi membuatkan saya kurang respect dengan budak laki kelas saya.
Ustazah ajar pasal Rujuk penawar bagi talak dan Idah. Tajuk ibadah memang menjadi penantian lah since tahun ni semua hal berkaitan kahwin. haha.
hmm..
apa yang menyebabkan kami ( perempuan ) tidak puas hati dan bengang:
Sewaktu ustazah menerangkan tempoh idah bagi wanita yang sudah putus haid, ustazah ada tanya kat kelas sama ada kitaorang tahu menopause ke tak.
Since ktorg ad blaja benda ni waktu Biology, jawapannya of course lah tau kan.
tapi, ada seorang budak laki kelas, cakap menopause sama ngan expired.
sungguh teruk takrifan dia. Dia kata cikgu tution yang ajar.
Pernah tak dengar pantun ni:
Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Bayangkan kalau nenek ataupun mak dia dengar takrifan macam tu? Tak terkesan ke? Kalau tak, memang hebat lah.
Expired?
Kalau makanan expired, kita dah tak boleh makan. Kalau makan jugak, boleh membahayakan kesihatan.
Kalau benda apa2 yang expired pasti akan ada kemudaratan kepada 'penggunanya'.
jadi, kalau wanita dilabelkan dengan perkataan expired tu bererti?
oh My!
Sungguh cetek pemikiran anda*.
Kalau macam tu, boleh lah nak buat conclusion yang lelaki ni (saya rasa anda pun faham) terhadap wanita.
Sungguh cetek ilmu anda*.
Sedangkan Islam meninggikan martabat wanita, sedangkan Rasulullah menjaga maruah wanita.
Dah salah cakap bukan nak minta maaf. Memang tak reti - reti.
huih.
itu je lah kot pos kali ni.
sekian.
wasalam.
No comments:
Post a Comment