Hari ni semua ok je tak de lah sesibuk ane' kat Maju Ahmad. (ish, tak habis-habis bandingkan dengan ane' Maju Ahmad) hehe..
Permulaan hari yang kurang baik bila kena marah. Tapi, itukan dugaan daripada Allah swt. Untuk sedapkan hati sepertimana Maggie Secukup Rasa yang kononnya sedapkan masakan, anggap sajalah Allah menguji seteguh mana sifat sabar yang kian terhakis dalam diri.
Semoga kesabaran hinggap kembali di ranting-ranting aveoli kat jantung. Supaya menjadi hamba Allah yang penyabar.
hu2. Amin.
Haru lagi fikiran bila mengharapkan penghargaan daripada manusia atas kerja yang dilakukan.
Berkira sungguh aku ni, terdetik di benak hati.
Memang dah jadi lumrah manusia nakkan penghargaan daripada manusia lain di atas pekerjaan atau pengorbanan yang dilakukan. ye, memang tak dinafikan. Siapa setuju?
Bila penghargaan diberi, hati akan rasa seronok. Tapi macam mana pulak kalau sebaliknya?
Rasa macam nak baling gajah kat orang-orang tu je kan? (hehe, itu pun kalau larat angkat gajah. kalau tak pun, rembat dengan bola melalui sepakan sepadu Zidane je lah).
haru. Memang lumrah manusia.
Tapi,
sesungguhnya kalau kita dapat buat kerja dengan ikhlas kerana Allah tanpa harapkan balasan walaupun penghargaan, kita amatlah beruntung. Sebabnya? Sebabnya, pahala yang mengisi neraca kita bertambah. Ya Allah. Hebat sungguh makhluk begini.
Senang cerita, tengok je kat parents kita.
Huih.
Siang malam kerja, jaga anak (kita lah tu =P), tapi tak kira balasan pun. Sebab diorang semua nak balasan syurga kat akhirat nanti. Ya Allah.
Hmm..
Kiranya ikhlas ni agak susah nak buat. Ada jugak yang kata: "dalam mimpi je lah ikhlas.".
Betul gak statement dia. Kita mula dengan mimpi. Kita mimpi dulu nak ikhlas, lepas tu try amalkan dalam kehidupan seharian. Betul tak?
Nanti mimpi jadi kenyataan. hehe.
tapi, janganlah pulak kita asyik mimpi je, tak reti-reit nak bangun. huhu. Nanti jadi angan-angan Mat Jenin. (famous jap Mat Jenin kat sini).
Allah pun ada firman ;
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (QS. Al-An'aam: 162-163).
Maksudnya, basically pasal keikhlasan. Sejauh mana kita ikhlas dalam melaksanakan ibadah. Semoga kita dapat melakukan ibadah tak kira yang wajib mahupun yang sunat seikhlas mungkin hanya kerana Allah swt. Semoga ibadah kita diterima dan menjadi bekal di akhirat kelak. ***
Petang yang bermakna.
Petang tadi macam biasa ada kokurikulum giliran unit beruniform. PBSM dan unit-unit lain sibuk dengan latihan cheers.
Al maklumlah, tak lama lagi pertandingan cheers kan. huhu.
Untuk PBSM, memang mencabar anak tekak.
Sebabnya, kena gunakan anugerah Allah yang bermakna iaitu suara. "Arggggg" huhu..
At first rasa macam tak nak masuk je cheers, tapi, bila fikir-fikir balik, kenapa nak lepaskan peluang kat depan mata kan? nanti membazir pulak. huih.
Buat latihan vokal dan pemecahan sel darah merah di kaki (hentak-hentak kaki). hui.
Memang memenatkan.
Habis je latihan, terserampak dengan Cikgu Syafiqah.
Apa lagi, tanyalah dia petang ni ada usrah ke tak. Dia dengan sportingnya kata, "yeah, ada insyaAllah. kat surau lepas Asar.".
Sekali lagi, peluang untuk menambahkan ilmu yang tak pernah-pernah cukup terbuka. Pergilah join usrah petang tadi.
Ya Allah. Even pendek je usrah tu, tapi memang bermakna.
Topiknya pasal mati syahid. Ya Allah.
Gile ah! Ada pertanyaan yang memang saya tak boleh jawab.
Nak tau pe bendanya?
ceng-ceng ceng.
ni lah soalah nya:
"Apa yang saya dah buat untuk Islam?"
Terkedu dan terkesima nak jawab. Memang terdiam.
Tapi, otak ligat berfikir untuk mencari jawapan yang mungkin tak de setakat ni. huhu..
Usrah tadi memang mantap walaupun sekejap. Itu je lah nak kongsi hari ni. Semoga kita dapat jadi yang lebih baik dan dapat keredhaanNya. Amin. Salam.

alhamdulillah..best blog kali nie..teruskan k'
ReplyDeletebtw..sejak bler skula kter ade usrah nie???dulu xde pula rasanya..
ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam pada malam yg sgt gelap.
ReplyDeletebtw, maggie secukup rasa mmg menyedapkan makanan. juga mengurangkan kesihatan. haha
Insan Biasa: terima kasih. semoga blog sy dpt jd salah stu bekalan tuk menemuiNya nnt.
ReplyDeletehehe.. usrah bru je wat since ckgu praktikal dtg.
so, bru je join. mengimarahkan surau. huhu..
Anonymous:
yep. Tq for the analogy. *boleh guna nnt. hehe.
Yeke sedap? xpenah lak rasa. lgpun, nnt cpat dpt pyakit lorh.
ho3