Showing posts with label what i say. Show all posts
Showing posts with label what i say. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011








If i can freeze time,
like freezing an ice cream,
i'll do so,
NOW!
haha..


-:P-

Monday, April 25, 2011

HEBAT: Mahabbah Rasulullah - Bahagian 1. (GiG Selawat) ^_^

Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat baginda :)
*
Sebelum saya menulis cerita yang selanjutnya, syukur kepada Allah kerana kita dikurniakan satu rahmat yang paling besar yang kita kadang-kadang tidak pernah menyedarinya . Rahmat itu ialah kelahiran Nabi Muhammad sallahu alaihi wa a la alihi wasohbihi wasalam ke dunia. Tanpa baginda kita takkan kenal erti kasih sayang dan makna kehidupan.

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Buku 'Sampaikah Amalan Orang Hidup kepada Arwah?' dan 'Bidaah' terbitan Pelima Media Sdn Bhd selamat dilancarkan semalam oleh mantan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Mohamad.

Majlis pelancaran buku tersebut dimulakan dengan persembahan ringkas tapi penuh makna oleh kumpulan AL MAWLID yang dianggotai oleh Amer Munawwer Yusof, Zaf Nazarudin, Saiful Amir dan Lah Ahmad. Mereka menyampaikan lagu Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam.

Dato Wan Mohamad melancarkan buku dengan gimik yang ringkas .
Setiap penulis berucap tentang buku mereka serba serbi.

Majlis pelancaran berjalan dengan lancar, alhamdulillah (:
Sebagai penutup, Al Mawlid bersama dengan Dr Afifi Al Akiti berselawat bagi membesarkan Nabi Muhammad saw.

Saya rasa seronok sebab dalam kesibukan masyarakat PWTC menghadiri pameran buku, ada juga majlis selawat di situ. Alhamdulillah, syukur !
Ada juga program yang menyampaikan salam ke atas baginda Rasulullah.

Selepas majlis dan makan petang tamat, Dr Afifi , Cikgu Yusnor Ef, U.Fawwaz dan Al Mawlid berada di booth Pelima Media Sdn Bhd (D55-D57, Aras 1, Dewan Tun Abdul Razak 3 =) .
Dr Afifi dan U.Fawwaz beramah mesra dengan pengunjung yang hadir . AlMawlid pun sama juga dan mereka juga sempat menjalankan GiG Selawat di booth Pelima :)

Dr Afifi pun turut serta dalam berselawat dan berqasidah di booth. Ramai juga yang berhenti dan turut sama-sama berselawat, alhamdulillah.


Sangat seronok GiG Selawat tu.

hmm..

Setakat ni dulu.
:)

Kat bawah ni ada beberapa gambar , tengoklah :)

Al Mawlid (:


Al Mawlid ^^


Gimik Pelancaran

Dr Afifi Al Akiti (:



Al Mawlid berselawat bersama Dr Afifi Al Akiti ^^

Ni gambar2 simpanan saya :) Ditangkap dan diedit oleh saya ^^

Thursday, April 7, 2011

Kenapa Merah Darah ?

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat baginda.
**

Merah Darah ?

Bunyi macam pelik ?
Ok, biar saya rasionalkan. Merah = Saya memang suka warna merah. *wink*
Darah= disebabkan warna dominan darah ialah warna merah, jadi saya gabungkan merah dengan darah.
Lagipun, darah juga elemen yang membezakan antara yang bernyawa dengan yang tidak bernyawa.

Jadi itulah serba serbi tentang tajuk blog saya.
Yang description tu; saya terfikir nak letak bila dapa nama blog ni.

Sekadar merasionalkan nama blog ni sj.

:)

Friday, March 25, 2011

Bila benda dah biasa ..

Air sesuci ni pun kita cemarkan :(
Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat.. :)

**

Bila benda dah jadi biasa..

Semenjak kita dilahirkan, sumber air terus menerus membantu kita dalam urusan harian kita. Tapi, zaman dulu nak dapatkan bekalan air bersih agak susah kerana tidak ada sistem pembentungan dan sebagainya lagi. Jadi, masyarakat dulu menghargai nikmat air lebih daripada kita menghargainya sekarang.

Dalam masa kini, kita dapat lihat banyak pencemaran air berlaku. Sampah sarap dibuang ke dalam sungai, sisa toksik juga dan lain-lain. Adakah sebab mudahnya kita mendapat sumber ini sehinggakan kita tak reti nak menghargainya ? atau sebab kita terlampau leka dengan 'pembangunan dunia' ? atau sebab benda ni dah biasa dengan masyarakat kita sehinggakan air sungai yang keruh dan kotor tidak lagi menjadi kegusaran hati kita ?

Sebagai seorang Muslim , kita sepatutnya memelihara dan menjaga alam sekitar kurniaan Allah ni.
Tapi, bila benda ni kita anggap seperti norma dalam kehidupan , kita akan ambil kesempatan dengannya.

Alam sekitar bukan sahaja air bahkan semua yang ada disekeliling kita termasuklah pokok-pokok, udara, tanah , haiwan dan sebagainya.
Saya nak bagi contoh betapa Nabi Muhammad sayang akan alam sekitar. Sewaktu zaman Nabi, masjid Nabi dibina disekeliling pokok-pokok tamar. Baginda tidakpun mencantas atau menebang pokok tersebut walaupun baginda nak dirikan sebuah masjid yang mulia.
Cerita ini membuktikan Nabi Muhammad memelihara alam disamping membuat pembangunan .

Kita elakkan daripada ambil tabiat sambil lewa terhadap alam sekitar ni :)

Justeru, marilah kita sama-sama buat satu langkah (walaupun kecil) untuk membantu memelihara alam sekitar. Kalau tak boleh buat banyak, sikit pun jadilah.
Mulakan dengan tidak membuang sampah merata-rata, kurangkan penggunaan plastik dan lain-lain lagi.

Everything begins with a small step :)
Jom pelihara bumi sama-sama =D

-nfmr-



Tuesday, March 22, 2011

Petang yang bermakna :DD

Assalamualaikum .
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat.

**

Petang tadi penuh bermakna buat abi, saya dan Pelima Media Sdn Bhd juga. Dua orang syeikh datang ke teratak Pelima Media di Bangi untuk melawat.
Kedua-dua orang syeikh itu ialah :
1. Prof. Dr. Syeikh Muhammad Fadhil al-Hasany al-Husaini, pendiri al-Jailani Center di Istambul Turky. Dia adalah cucu ke-23 dari Syeikh Abdul Qadir al .I.nl.nu dan lahir di Istambul, Turki, 1 April 1954-
2.
Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani
.

Mereka diiringi oleh pelajar-pelajar Darul Hasani.

Sebenarnya, semalam sepatutnya Syeikh2 tersebut menziarahi pejabat Pelima tetapi atas urusan tertentu, mereka tidak berkesempatan.
Tapi Alhamdulillah, petang tadi, Pelima Media seakan menerima tuah apabila mereka menjejakkan kaki mereka ke pejabat Pelima.

Kedua-dua orang syeikh tadi bersembang dengan Abi. Syeikh Fadil berbahasa Arab manakala Syeikh Rohimuddin berbahasa Indonesia.

Saya tolong Sahlan hantar minuman dan sedikit biskut ke bilik mesyuarat. Pelajar Syeikh Fadil beritahu bahawa Syeikhnya minum air teh o tanpa gula. (kena try minum nih :P )
Kak Ada pun cepat-cepat bancuhkan teh o terebut dan saya menghantar minuman tu ke bilik meeting.
Dan..
dannn..
Syeikh Fadil berbicara dengan saya.

"No sugar? "

*yeah, no sugar." *SMILE*

Wahhh. Keturunan Nabi Muhammad dan Syeikh Abdul Qadir Jailani cakap dengan saya! *awesome giller!!*

Kerancakan perbualan mereka berakhir sekitar jam 6:45pm.
Dan terdapat persetujuan diantara Pelima Media dengan pihak mereka. Alhamdulillah :)

Tetapi, yang paling penting, keturunan Nabi Muhammad dan keturunan Sultanul Aulia datang melawat pejabat Pelima Media Sdn Bhd. Berkat kehadiran mereka tuh yg paling penting :)
InsyaAllah, keberkatan mereka ni akan membantu Pelima Media untuk terus maju dalam memperjuangkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al Asyairah wal Maturidiyah) .
Amin.

Terima kasih kepada Kak Ada n Sahlan sebab sanggup tunggu sampai jam 6:45pm tuh. :)

Gamabr-gambar petang tadi insyaAllah akan dimuatnaik ke dalam facebook.
Saya memang nk upload disini tapi, takde usb :P
hehe..

Moga-moga kegembiraan hari ni akan bersambung untuk esok.
(hehe.. keputusan SPM) .

Terima Kasih sbb baca :)

*gembira*

Wednesday, March 16, 2011

Update shj :)

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabatnya.

**

Fuh! Dah lama jugak tak update blog. Been busy these few days. :)
Semalam , saya, abi n ayad pergi ke Behrang untuk melawat Syeikh Muhammad Zaid al-Sinni dan isterinya, Syeikh Ayesha Abdullah Scott.
Memang best trip semalam.
Banyak yang diceritakan kepada kami.
Contohnya macam orang bunian.
Orang bunian tu sebenarnya manusia yang hidup di alam jin.

ada jugak pasal 'opened secret'. Shhh. Nama pun secret, tak boleh la cerita kat sini kan ?

Behrang tu tak lah jauh sangat daripada Sungai Buloh. Dekat je dalam satu jam perjalanan. Tapi kalau siapa yang speed up, kurang dari sejam lah.

Setibanya kami di tol Behrang, saya terus sms dan telefon Syeikh Ayesha untuk pandu kami ke rumah beliau. Bukan sebab kami tak nak cari, tapi sebab Syeikh Ayesha kata kami tak kan jumpa rumahnya sebab rumahnya jauh dalam hutan.

Beberapa minit kemudian, kedua-dua Syeikh pun tiba di tol Behrang. Lepas salam, kami pun terus ikut mereka daripada belakang kereta mereka.
MashaAllah, memang jauh ke dalam hutan. Tapi, tapi, suasana rumah mereka sangat nyaman, tenang dan fuhhh. best sebab dekat dengan alam sekitar :D

Fuhh. Dalam rumah syeikh|s| tuh, cantik. Luas, maklumlah tempat mereka berzikir tiap-tiap minggu. Sebaik je duduk, anak syeikhs hidangkan air dan kek gula hangus. (yummy! ) ..

Dan tibalah masa..
bersembang...
..........................
...................................

Kami sampai di rumah mereka kira-kira dalam pukul 10 pagi. Masuk waktu zuhur baru kami berhenti bersembang dan terus menunaikan solat dan makan :D .
Lepas makan sambung lagi sembang sampai pukul 4:14pm. Memang lama kami disana.
Tapi macam tak rasa je dah berjam-jam kami menghabiskan masa dengan mereka. Seronok sangat.


Tibalah masa untuk kami pulang..

*peace out*

Ok, lain kali memang nak pergi ke Behrang lagi , insyaAllah.
(ada sesiapa nak ikut ? hands up !! xD )

**
Kalau korang dapat peluang untuk ziarah ulama , saya sarankan pergilah melawat mereka.
Kenapa ?
Sebabnya, kita kalau nak jadi ulama memang mustahil lah. Jadi, melawat mereka dan mengambil berkat mereka itupun sudah memadai untuk kita.

Teringat pulak kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani yang Syeikh Fuad cerita tempoh hari. Syeikh Abdul Qadir melawat seorang wali qutub tanpa hajat apa-apa melainkan untuk mendapatkan berkat wali tesebut.

**

Sekian,
tu je lah utk kali ni.

to be frank, ive lost the gist of writing since forever. (eh, pernah ada gist ke ? =.=')

Gambar-gambar trip ke Behrang tu insyaAllah akan dimuatnaikkan di facebook :D


Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman lagi ! : 2

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, kaum keluarga baginda dan para sahabat.

**

Fuh!
Pengalaman lagi. *alhamdulillah :D*

Semalam saya dan abi pergi ke Malaysian-Tukey Dialogue di Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.
Tujuan kami ke sana untuk mendapatkan bahan pameran mereka seperti poster-poster peninggalan Rasulullah saw , ahli keluarga dan para sahabat. Kami lihat poster-poster tu sewaktu kami ke pameran Turki Ottoman di Masjid Wilayah bulan lepas.
Abi berminat dengan poster tu untuk di pamerkan di booth kami sewaktu Pesta Buku 2011 (PWTC- 22april - 1 Mei ).

Jadi , abi, Mr Fateh Kaya dan Mr. Kursat berbincang sambil diperhatikan saya. haha.
Alhamdulillah, lebih daripada yang kami jangkaan. Banyak peluang baru terbuka untuk kedua-dua organisasi, alhamdulillah.
Looking forward for our much awaited booth :P . haha. (bajet je lebih. padahal lambat lagi pesta buku tuh :P )

**
Lepas dah habis bersembang dengan Turkish tu, kami pun terus ke Ampang sebab nak jumpa Pak Cik Jalil, orang kuat Yayasan Sofa. huhu.
Much to my excitement, dia tak de.
Tapi, alang-alang dah dekat dengan kedai kek, beli lah choco ball utk Pelima Media n jiran kat atas Tareeq Al Jannah.
huhu..

Dan semalam jugak, saya melawat jiran atas , Tareeq Al Jannah :)
Alhamdulillah, mereka sangat ramah. Such a warm welcome :) .
Saya pun dapat kenal-kenal dengan orang-orang kuat Tareeq Al Jannah.
Thanks , Tareeq Al Jannah :)
Ukhwah fillah !
Kudos: Ain, Kak Halida , Puan Linda dan yang lain-lain :D .

**

Fuhhh !
Penat betul , taip.
haha.
Okaylah, looking forward to see you guys for this coming book fair :)

Monday, March 7, 2011

Sesuci mahabbahmu :)


Apabila aku kehilangan arah dan harapan,
aku merasakan diri sungguh tidak berguna,
teramat buruk lagi hodoh.
Aku tenggelam dengan perasaan sendiri
yang berkecamuk.

Tapi yang sebenarnya,
tidaklah buruk ,
bukanlah tidak berguna,
kerana aku dicintai oleh Rasulullah saw,
semenjak aku menjadi umatnya.

Mahabbahnya terzahir dalam
kehidupan aku,
kerananya ada matahari menyinari alam,
kerananya juga adanya
bulan menyuluh kegelapan malam
dan bintang-bintang yang menjadi panduan..
tetapi yang palinig penting,
adanya harapan untuk kembali
pulang kepada Allah dengan kebaikan.

Bagindalah pengharapan aku
dan seluruh umatnya.
Selawat dan salam ke atas baginda,
kaum keluarga baginda dan para sahabat,
pada seitap hembusan nafas
dan kerdipan mata.

Sesuci mahabbahmu, Ya Rasulullah,
kepadanya aku berharap.


-nfmr-

Pengalaman lagi ! :)

Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat.

Pengalaman yang susah nak dapat , perhaps.
Petang tadi saya dan abi pergi berjumpa dengan Bro Amer Munawwer Yusoff untuk silaturrahim dan beberapa lagi perkara.
bro Amer sangat membantu dengan idea-idea kreatif untuk mengembangkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

JazakAllahu Khayran to Bro Amer Munawwer Yusoff :)

p/s: kami dapat free cd dia :) AWESOME! haha.

Saya ada pengakuan nak buat . (haha. macam lah orang kisah pengakuan apa kan ?!)

Dulu sebelum saya pergi mengaji ke Darul Maliki + Yayasan Sofa(Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki) ataupun sambutan maulid di Yayasan Jenderami, saya rasa macam tak de apa-apa yang happening (program-program Islami ni).
Tapi, sekali dah pergi program-program mereka, fuhhh! Rasa best sangat. Alhamdulillah :)

Rasa kelainan disana. Rasa kekuatan. Rasa keramaian. Rasa kekuatan.
*okay, i lost my words!*
Sebelum ni, rasa macam masyarakat muslim tak kuat, lemah dan rapuh. Tapi, sebenarnya TAK!
ahhh, alhamdulillah :)

Its hard to put into words . only the one who went to those places will feel it.
Experience is the best teacher kan ?
So, bagi sesiapa yang ada kesempatan dan peluang untuk ke majlis-majlis ilmu, maulid ni , pergilah. Rebut peluang yang ada sementara peluang tu nak datang kat kita. :)

Tu je lah.
So long,
nfmr :)




Friday, March 4, 2011

Peyelewengan sejarah .

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, kaum keluarganya dan para sahabatnya.

Post SPM.
Biasanya lepas SPM semua calon akan bekerja dan menimba pengalaman dan belajar buat duit sendiri. Dan begitu juga dengan saya. Cuma yang membezakannya adalah cara bekerja.
Saya selalu teman ayah pergi kerjanya. (Kira macam unofficial PA lah :)) . Tapi, serious best! Dapat jumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang.

Semalam, kami ke Masjid Wilayah untuk berjumpa dengan Syeikh Zaid al-Sinni dan isterinya, Hjh Ayesha Abdullah Scott. Mereka merupakan penulis buku , pendakwah dan memiliki madrasah di Behrang (tak sabar nak pergi :P )

Perjumpaan semalam membuka mata saya dalam banyak isu. Terutamanya pasal Nabi Muhammad saw. Korang , mengikut fakta sirah yang korang belajar dulu (atau sekarang) , bapa saudara Nabi saw meninggal dalam keadaan kafir atau mukmin ?
Saya sempat buat random survey perihal ini dan 100% mengatakan Abu Talib meninggal sebagai kafir. Memang tu yang kita belajar kan ? Tapi, sebenarnya salah!

Sejarah dah diubah. Distorted history. I don't know why people like distorted history .

Saya akan kongsikan beberapa bukti keimanan Abu Talib . Sila baca . Terima kasih :)

Diriwayatkan dari Al-Thabrani dan AL- Thabrani dan Al-Baihaqi, bahwa anak permpuan Abu Lahab (saudara sepupu Nabi saaw ) yang bernama Subai’ah yang telah masuk Islam datang ke Madinah sebagai salah seorang Muhajirin, seseorang berkata kepadanya : “Tidak cukup hijrahmu ini kesini, sedangkan kamu anak perempuan kayu bakar neraka” (menunjuk surat Abu Lahab). Maka ia sakit mendengar kata-kata tersebut dan melaporkannya pada Rasulullah saaw. Demi mendengar laporan semacam itu beliau saw jadi murka, kemudian beliau naik mimbar dan bersabda :

“Apa urusan suatu kaum menyakitiku, baik dalam nasabku (salahsilahku) mahupun kerabatku. Barang siapa menyakiti nasabku serta sanak kerabatku, maka telah menyakitiku dan barang siapa yang menyakitiku, maka dia menyakiti Allah SWT. "

Sa’ad bin Manshur dalam kitab Sunannya meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair tentang Firman Allah SWT (Q.S; 42,23) :
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meinta dari kalian sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang terhadap keluarga (Ahlul Bait)”.


Sebenarnya pandangan tentang kafirnya Abu Thalib adalah hasil rekaan politik Bani Umaiyah di bawah pemerintahan Abu Sufyan seseorang yang memusuhi Nabi saaw sepanjang hidupnya, memeluk Islam karena terpaksa dalam pembebasan Makkah, kemudian dilanjutkan oleh putranya Muawiyah, seorang yang diberi gelar oleh Nabi saaw sebagai kelompok angkara murka, yang meracuni cucu Nabi saaw, Imam Hasan ibn Ali a.s.
Dalam kitab Wafiyat Al-A’yan Ibnu Khalliqan menuturkan cerita Imam Nasa-i (penyusun kitab hadits sunna Al-Nasa-i), bahwasanya sewaktu Nasa-i memasuki kota Damaskus, ia didesak orang untuk meriwayatkan keutamaan Muawiyah, kata Nasa-i:
“ Aku tidak menemukan keutamaan Muawiyah kecuali sabda Rasul tentang dirinya – semoga Allah tidak mengenyangkan perutnya”.
Selanjutnya,Yazid anak Muawiyah si pembunuh Husein ibn Ali cucu Nabi Muhammad saaw di padang Karbala bersama 72 keluarga dan sahabatnya. Muawiyah yang sebagian Ulama dikatagorikan sebagai sahabat Nabi saaw , telah memerintahkan pelaknatan terhadap Imam Ali bin Abi Thalib hampir 70.000 mimbar umat Islam dan dilanjutkan oleh anak cucu-cucu Bani Umaiyah selam 90 tahun sampai masa Umar bin Abdul Azizi. Ibnu Abil Hadid menyebutkan Muawiyah membentuk sebuah lembaga yan bertugas mencetak hadits-hadits palsu dalam pelbagai segi terutama yang menyangkut keluarga Nabi saaw, lembaga tersebut beranggotakan beberapa orang sahabat dan Tabi’in (sahabtnya sahabat) diantaranya “Amr ibn Al-ash, Mughirah ibn Syu’bah dan Urwah ibn Zubair).


Inilah seba serbi tentang status keimanan Abu Talib. Kalau nak yang lengkap, sila berikan emel korang. Nanti saya boleh tolong forward kan.

Jadi, sekarang kita dah tahu keimanan Abu Talib. Kita kena ubah fakta yang salah dulu sebab fakta tu hanyalah menyumbang kita menyakiti Nabi Muhammad saw . Teruk padahnya bila kita menyakiti Nabi Muhammad saw. Allah murka dengan kita nanti.

**
Harap nanti dapat ke Behrang melawat Madrasah Syeikh Zaid dan Hjh Ayesha. :D

Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya selitkan disini.
Terima kasih sbb baca :)

Wednesday, March 2, 2011

Its not just..

Life is not just about getting in love,
nor winning a situation,
nor making money or being famous.
But life is something
recorded and rewarded.
for anything we do,
for anything we say,
it will all be recorded
and if

we do more good deeds,
then we will be rewarded
and it will turn vice verse when we do
bad things.

Life is hard to control for we are
not a Saint but
we can keep on a safe track when we lay our respect, loves,
and affection to Prophet Muhammad saw, his descendants ,
the Companions and
the Saints.
For us who always indulge in horrid acts,
the simplest thing to do in avoiding us
from getting astray
is to love Prophet Muhammad,
reciting Selawat and salams to him , his descendants and the companions.

May us have an undying love towards him
for us to own his syafaat in Judgement Day soon..
There's no God expect Allah swt and Muhammad is the messenger of Allah
for each blink, each breathtaking and as wide as His Knowledge .

-farihahrashidi-

Thursday, February 24, 2011

Tergurisnya hati seorang sasterawan ...


Assalamualaikum.
Selawat dan salam keatas Rasulullah , ahli keluarga dan para sahabat baginda .

Petang semalam saya ikut parents ke rumah Datuk Abdullah Hussain untuk beri token copies novel Isabella terbitan Pelima Media Sdn Bhd kepada beliau.

Isteri beliau, Datin Siti Saroja menyambut kami. Datuk Abdulllah sedang berehat sewaktu tu.
Alang-alang kami dah ada kat sana, Datin pun memulakan ceritanya.
Cerita pasal isu novel Interlok .

Rancak Datin bercerita. Banyak yang saya dapat daripada penceritaan beliau.
tu sebabnya baru sekarang saya nak tulis pasal Interlok ni.

Sebelum tu saya nak share:
Bilamana kaum Melayu sentuh (walaupun sedikit) perihal 'sensitif' (faham-fahamlah) , mesti akan dilabel racist lah, apa lah. Tapi bila yang lain sentuh hal ini, mereka dianggap memperjuangkan hak mereka.
Bagi saya ini amat tidak adil bagi kaum Melayu kerana Malaysia ni tanah air kita.
(ada sesiapa nak kata saya racist ? )
***

Cuba korang bayangkan, korang hasil karya korang dibakar, dihina dan macam-macam lagi? Korang seronok ? Bahagia ? Tak kan ? Mesti sedih, kecewa dll.
Itulah perasaan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain.
Kesian saya tengok beliau.
Menurut isteri beliau, dulu (sebelum kejadian ni) , beliau merupaka seorang yang ceria. Ye, memang pun. Sebab tahun lepas saya n parents ada pergi melawat beliau (atas urusan Novel Isabella) . Beliau sangat ceria dan ramah.
Sekarang, dah berbeza. Haih, memang tak berhati perut mereka-meraka yang bertindak seakan anak kecil ni. Tak fikir langsung perasaan sasterawan negara.

Saya pelik bilamana mereka nak marah bila guna 'perkataan' tu. Bukankah 'mereka' sendiri yang cipta perkataan tu ? Kasta and whatnots.
Then bila orang menulis tentang fakta sejarah, orang tu dikecam macam buat salah yang teruk . Padahal tu semua sejarah.
Okay, sekarang baru saya faham. Orang 'suka' distorted history. Padanlah banyak buku-buku sejarah yang menipu.
Teruskanlah mendokong distorted history tu kalau tu yang buat korang gembira. Tapi, jangan lupa pulak, yang korang sebenarnya menipu diri sendiri.

Okay, kembali kepada cerita Datuk Abdullah Hussain.
Saya berharap Datuk akan kembali ceria seperti biasa dan dalam masa yang sama gembira dengan terbitan semula novel Isabella terjemahan beliau.
Semoga Allah melindungi beliau sekeluarga.
Amin.

Wednesday, February 23, 2011

^_^

Regretting things we done is good if we can make something out of it.
Forgetting bad things that happened to us is good if we can be sincere to ourselves.
But living without the love of Prophet in our hearts is worst for he loves us so much like heaven can tell.
I pray for in love with him,
i pray for myself, my family, my friends,
my teachers, and the whole lot of his ummah.
amin~


Monday, February 21, 2011

Google Maps - Satelite ... T_T


GOOGLE MAPS - SATELITE?

Hah! Jujurnya, saya agak takut bila tengok Google Maps - Satelite. Rasa takut tu menyelubungi saya bila tengok awan-awan dan keadaan bumi dari sudut pelan. Woah! Rasa teramat kerdil dan kecil berbanding makhluk Allah ni (bumi).

Manusia.
Kita lah tuh. Haha. Hmm, susah nak tulis benda-benda baik kat blog sebab saya pun bukannya baik. Tapi kan, kalau tak ada sesiapa yang tulis, susah lah pulak. (ceh, macam ramai je orang yang baca blog nih. perasan betul!) haha..

Tugas-tugas untuk menjadi khalifah di bumi hanya mahu dipikul oleh makhluk Allah yang bergelar manusia. Apabila Allah bertanya kepada makhlukNya yang lain; mereka semua tidak mahu kerana tugas menjadi khalifah ini amat berat.

Tapi kita, saya,...
Even though kita tahu tugas jadi khalifah ni berat, tapi kita take things for granted.
Contohnya,
tugas kita untuk menjaga bumi. tapi, kita buat yang sebaliknya. Kita buang sampah merata-rata, karbon monoksida (dan segala jenis gas beracun lah lagi) bebas terapung di langit.
Suhu bumi makin meningkat, kita rasa risau. tapi, kita masih tak buat apa-apa untuk menyelamatkan bumi.

Teruk betul kita ni. =.='

Hmm..
Semoga kita dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda , para sahabat.


Sunday, February 20, 2011

Gempak ! :D

Whoah!
Gempak lah sambutan Maulidur Rasul tahun ni. Ni kali pertama saya sambut Maulid semeriah ni. This is the first time and there will always be next time|s| . InsyaAllah .

Ada beberapa tempat yang kami (saya & keluarga) pergi untuk merayakan hari kebesaran , Hari Maulidur Rasul.
Tempat- tempatnya :
1) Masjid Darul Ehsan Tunku Abdul Razak, Ampang
2) Darul Quran wal Hadith , Ampang
3) Yayasan Sofa, Rembau , Negeri Sembilan
4) Masjid WIlayah, Kuala Lumpur
5) Yayasan Al Jenderami, Jenderam.

Sangat seronok sambutan-sambutan yang diadakan di tempat2 tersebut. Kalau di tempat ( 1- 4) anjuran Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki dan Yayasan Sofa, kami mengkhatamkan kitab Syamail Nabi sama-sama dibawah pimpinan Syeikh Fuad.
Hari kemuncak yg diadakan di Masjid Wilayah (12 Rabiul Awal) ktorg dapat ijazah untuk kitab syamail nabi hasil tulisan Imam Tirmizi yang diterjemahkan oleh Syeikh Fuad.

Memang best. (haha , bnyk kali dah ckp best )
Sepanjang sambutan ni, banyak qasidah-qasidah yang dialunkan. Sedap jugak :)
Bacaan maulid pun best . Baru tahun ni saya faham maksud bacaan maulid Dibai'e.

Yayasan Jenderami:
Sambutan besar-besaran bagi Yayasan Jenderami ni semalam. Kami ke sana petang semalam utk sama-sama menyambut maulid.
Even tersesat nak cari kawasan ni, tapi dengan izin Allah ktorg sampai jugak .

Selepas je solat maghrib, ada sesi ceramah daripda ulama-ulama nusantara. solat isyak, maulid then ceramah .
Tengah dengar-dengar ceramah, tiba2 ternampak syeikh Fuad kat dalam TV.
whoah! Best gile Syeikh Fuad dtg sekali.

Makanan pun best jugak. Kambing . beek beeek ..

hmm..

so, last words,
sy berhajat untuk menyambut lagi maulid macam ni.
semoga apa sahaja amal yang ktorg buat, umat Muhammad buat diterimaNya.
and and , semoga kita dapat mencintai Rasulullah saw. :)

amin.

Ni ada sedikit gambar :)
tengok lah ;

Ni kat Masjid taman TAR - Syeikh Fuad tengah bg ceramah.


Ni pulak kat Yayasan Sofa.
Parking dulu :)


Masjid Wilayah.
`qasidah`

Yayasan Jenderami.

Yayasan Jenderami jugak.

Lawa tak gambar-gambar nih ?
haha.

btw, till then :)
salam ..

Friday, February 18, 2011

How I wish to ..

How I wish to go to fairyland.

Okay, ni memang crept. yes, u can say that!
Dengan keadaan dunia sekarang, saya memang berharap fairyland tu wujud. sebab rasa macam nak pergi sana for good.
Staying in this world yang penuh dengan fitnah, cubaan dan macam-macam ni memang mencabar.
Fitnah yg berleluasa bukan calang-calang fitnah pulak tuh.

Yang menggerunkan = Fitnah berkaitan fahaman agama Islam yang mengelirukan masyarakat.
Puak-puak pendokong fahaman yg tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (yang bermazhab As Syairiah dan Al Maturidi) sekarang makin berani menunjuk belang kat Malaysia ni.

Ya Allah, selamatkanlah umat Muhammad saw daripda fitnah dunia . amin.


Thursday, February 17, 2011

Valentine ? ahh ! =.=

Tahun ni kita masih lagi sempat untuk mengharungi bulan Februari. Alhamdulillah.
Masyarakat dunia rata-ratanya amat menggemari bulan februari ni sebab adanya Valentine's day.
Kononnya nak sambut orang-orang yang dikasihi sewaktu hari tersebut.
Silakan bagi mereka yang bukan beragama Islam. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.

Tapi apa yang saya nak tulis hanya untuk orang Islam yang bersyahadah bahawa Allah swt merupakan Tuhan kita dan Nabi Muhammad saw pesuruh Allah.

Kenapa ?
Most of people I asked akan cakap, apa salahnya kita nak celebrate love on valentine's day ..
Jadi , ni ada serba sedikit ttg story behind it ;
sila baca , jgn malas !

Okay, so dah baca ? Bagus .
Jadi buat apa kita nak sambut hari tu kan ?


Tahun ni 1432H , maulidur rasul jatuh ke tarikh di antara 14 feb - 15 feb. (14 feb yg org sibuk2 celebrate 'love' tu lah) .
Jadi, sbg umat Islam, kita wajib menyambut maulidur rasul ni.

Instead of using hari valentine sbg hari sambut love , baik kita celebrate love during maulid nabi.
Sebab kelahiran Rasulullah di dunia merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita, umat manusia .
Allah mengurniakan seorang yang mengajar kita mengenalNya dimana jika tanpa baginda kita tak kan tahu kalimah syahadah.
Even binatang pun gembira sewaktu kelahiran baginda.
Kelahiran baginda mengisi alam dengan cahaya kerana baginda adalah cahaya yang menerangi ufuk alam .

Allah mengurniakan Rasulullah kpd kita tanda kasihNya kepada kita walaupun kita semua ni sentiasa melakukan kesalahan terhadapNya.

Jadi, kalau kita nak , teringin gila nak celebrate love, lebih baik kita celebrate love during maulid.
Sbb ni lah bukti kecintaan yang abadi daripada Sang Pencipta kepada hamba-hambaNya.



Semoga kita semua dapat mencintai Nabi Muhammad saw dan dapat syafaat baginda di akhirat kelak.
amin~

Okay lah, dah malam dah ni.
Salam :)

Sunday, February 6, 2011

Bulan Keriangan

Rabiul awal - Bulan keriangan bagi setiap umat manusia yang berakal kerana dalam bulan ni, seorang yang teramat mulia lahir. Tanpanya, tiadalah kita mengenal erti hidup, mengenal wujudnya Allah. Dialah , Muhammad Rasulullah saw.

Bulan ni jom kita ramai-ramai berselawat. maksud saya, kita banyakkan selawat. :) Moga-moga kita dapat syafaat baginda di akhirat kelak yang merupakan satu-satunya harapan kita untuk survive di akhirat nanti.

Pertama kali saya sertai sambutan Maulidur Rasul yang penuh makna kat Masjid Taman TAR, Ampang. Program ni berlangsung selama 12 hari bermula daripada 1 Rabiul Awal lepas sehinggalah 12 Rabiul Awal.
Program ni dipimpin oleh Tuan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki.
Best program ni.
^_^

Hmm..
Nanti update lagi.
:D

Friday, February 4, 2011

Terima Kasih :)


Dah masuk bulan Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. . hmm..
Bulan yang penuh kegembiraan sbb lahirnya seorang insan yang memberi cahaya kepada seluruh hidupan tak kira yang berakal ataupun yang tidak berakal(haiwan dan tumbuh-tumbuhan) .

Kita semua memang patut berterima kasih kat Allah sebab kurniakan seorang insan yang cukup luhur budinya dan yang akan menjadi penyelamat kita sewaktu di Padang Masyar.

Jadi, jom kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w agar kita dipandang oleh baginda, agar kita dapat syafaat baginda kelak.

Hmm..

That's all for now,
later !

salam :D


Monday, January 10, 2011

Dah makin sikit :,(


Bilangan penghuni rumah dalam musim persekolahan berkurang.
2 dah pergi U n asrama.
Best & tak best jugak.

huuuu.. :,< Best of luck, Aman n Along !!
Fighting !!