Setiap pengaliran darah membawa seribu makna dan dua tujuan, sama ada baik atau buruk. Kita menentukannya. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat.
Monday, April 25, 2011
HEBAT: Mahabbah Rasulullah - Bahagian 1. (GiG Selawat) ^_^
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat baginda :)
*
Sebelum saya menulis cerita yang selanjutnya, syukur kepada Allah kerana kita dikurniakan satu rahmat yang paling besar yang kita kadang-kadang tidak pernah menyedarinya . Rahmat itu ialah kelahiran Nabi Muhammad sallahu alaihi wa a la alihi wasohbihi wasalam ke dunia. Tanpa baginda kita takkan kenal erti kasih sayang dan makna kehidupan.
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Buku 'Sampaikah Amalan Orang Hidup kepada Arwah?' dan 'Bidaah' terbitan Pelima Media Sdn Bhd selamat dilancarkan semalam oleh mantan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Mohamad.
Majlis pelancaran buku tersebut dimulakan dengan persembahan ringkas tapi penuh makna oleh kumpulan AL MAWLID yang dianggotai oleh Amer Munawwer Yusof, Zaf Nazarudin, Saiful Amir dan Lah Ahmad. Mereka menyampaikan lagu Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam.
Dato Wan Mohamad melancarkan buku dengan gimik yang ringkas .
Setiap penulis berucap tentang buku mereka serba serbi.
Majlis pelancaran berjalan dengan lancar, alhamdulillah (:
Sebagai penutup, Al Mawlid bersama dengan Dr Afifi Al Akiti berselawat bagi membesarkan Nabi Muhammad saw.
Saya rasa seronok sebab dalam kesibukan masyarakat PWTC menghadiri pameran buku, ada juga majlis selawat di situ. Alhamdulillah, syukur !
Ada juga program yang menyampaikan salam ke atas baginda Rasulullah.
Selepas majlis dan makan petang tamat, Dr Afifi , Cikgu Yusnor Ef, U.Fawwaz dan Al Mawlid berada di booth Pelima Media Sdn Bhd (D55-D57, Aras 1, Dewan Tun Abdul Razak 3 =) .
Dr Afifi dan U.Fawwaz beramah mesra dengan pengunjung yang hadir . AlMawlid pun sama juga dan mereka juga sempat menjalankan GiG Selawat di booth Pelima :)
Dr Afifi pun turut serta dalam berselawat dan berqasidah di booth. Ramai juga yang berhenti dan turut sama-sama berselawat, alhamdulillah.
Sangat seronok GiG Selawat tu.
hmm..
Setakat ni dulu.
:)
Kat bawah ni ada beberapa gambar , tengoklah :)
Ni gambar2 simpanan saya :) Ditangkap dan diedit oleh saya ^^
Wednesday, April 6, 2011
Its something you cannot understand
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
people can see it,
but only you can feel the warmth."
Dapat berjumpa dengan Ulama-ulama besar seperti As Syarif Syeikh Yusof al Hasani, Syeikh Muhammad Zaid As Sinni dan Syeikh Ayesha Abdullah Scott, Syeikh Muhammad Fadhil al Jailani , Syeikh Rohimuddin Al Bantani dan banyak lagi adalah kegembiraan bagi saya.
Mana taknya, orang yang sehina saya dapat peluang untuk berjumpa dan menghadiri majlis-majlis mereka. Dapat duduk dalam satu majlis bersama mereka pun dah kira rahmat Allah :)
Rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata , atau dengan rona warna atau dengan alunan bunyi.
Hanya diri yang mengalaminya akan memahaminya.

Its like floating in the air.. perhaps.. or more than that :D
Grab the chance to see Ulama|s| :)
sekian.
Friday, March 18, 2011
Kisah : Behrang :D
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabatnya.
**
Rentetan ziarah saya ke Behrang tempoh hari, sengaja saya nak kongsi disini sedikt cerita pengalaman Syeikh Muhammad Zaid dan Syeikh Ayesha sewaktu usaha dakwah mereka di England.
**
Syeikh Muhammad Zaid dan Syeikh Ayesha bercerita tentang seorang Wahabi yang hadir dalam majlis ilmu mereka. Untuk pengetahuan semua, majlis ilmu tersebut dihadiri bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islam juga. (lokasinya di England) .
Setelah selesai taklimat mereka, sesi soal-jawab pun bermula. Seorang lelaki(wahabi) pun bangun dan bertanya kepada mereka: "Allah itu dimana?"
Syeikh Ayesha menjawab" "Dimana kamu lihat , disitulah Allah".
Dengan tak puas hati, lelaki tu bertnaya lagi, "Oh, kalau macam tu, kalau saya lihat najis, maknanya itu Allah ? "
Belum sempat kedua-dua orang syeikh tersebut menjawab, seorang lelaki berbadan tegap memegang bahu lelaki yang bertanya tadi lalu mengangkatnya. Kaki lelaki tersebut tergapai-gapai seolah-olah mencuba untuk meloloskan diri.
Dengan mudah, lelaki berbadan tegap itu mencampak lelaki tersebut keluar dewan dan dia terguling-guling jatuh daripada tangga.
Sejurus lepas itu, Syeikh Muhammad Zaid pun menjawab persoalan yang dikemukan oleh lelaki tadi.
"Ya, memang benar apa yang dikatakannya. Tapi, apa yang kita lihat (najis tadi) bukanlah Zat Allah tapi kudratNya. Yakni kekuasaanNya. Bagaimana saya boleh berkata begitu? Baiklah, cuba kita lihat, daripada najis ini akan terjadinya baja. Baja akan memberi khasiat kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut akan bercambah dengan baik dan mengeluarkan bunga. Daripada bunga, akan terhasilnya buah yang enak dan sedap dimakan. Jadi, apa yang kita lihat itu adalah daya kerja (kudrat) Allah yang menjadikan najis kepada buah yang enak dimakan. Apa yang kita lihat bukannya Zat Allah tapi kudratNya. "
Panjang huraian yang diberikan oleh Syeikh Muhammad Zaid.
Kami pun ketawa berdekah-dekah apabila mendengar cerita ni. Pengalaman mereka ni nampak mcam mudah, tapi penuh bermakna bagi sesiapa yang menghargainya.
Sangat seronok bila dapat bersembang dengan para Ulama :D
p/s: Untuk pengetahuan semua; Syeikh Muhammad Zaid Sani Al Sinni ni merupakan syeikh kuat tariqat Naqsyahbandi :D
Sekian,
wasalam :D
Friday, March 4, 2011
Peyelewengan sejarah .
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, kaum keluarganya dan para sahabatnya.
Post SPM.
Biasanya lepas SPM semua calon akan bekerja dan menimba pengalaman dan belajar buat duit sendiri. Dan begitu juga dengan saya. Cuma yang membezakannya adalah cara bekerja.
Saya selalu teman ayah pergi kerjanya. (Kira macam unofficial PA lah :)) . Tapi, serious best! Dapat jumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang.
Semalam, kami ke Masjid Wilayah untuk berjumpa dengan Syeikh Zaid al-Sinni dan isterinya, Hjh Ayesha Abdullah Scott. Mereka merupakan penulis buku , pendakwah dan memiliki madrasah di Behrang (tak sabar nak pergi :P )
Perjumpaan semalam membuka mata saya dalam banyak isu. Terutamanya pasal Nabi Muhammad saw. Korang , mengikut fakta sirah yang korang belajar dulu (atau sekarang) , bapa saudara Nabi saw meninggal dalam keadaan kafir atau mukmin ?
Saya sempat buat random survey perihal ini dan 100% mengatakan Abu Talib meninggal sebagai kafir. Memang tu yang kita belajar kan ? Tapi, sebenarnya salah!
Sejarah dah diubah. Distorted history. I don't know why people like distorted history .
Saya akan kongsikan beberapa bukti keimanan Abu Talib . Sila baca . Terima kasih :)
Diriwayatkan dari Al-Thabrani dan AL- Thabrani dan Al-Baihaqi, bahwa anak permpuan Abu Lahab (saudara sepupu Nabi saaw ) yang bernama Subai’ah yang telah masuk Islam datang ke Madinah sebagai salah seorang Muhajirin, seseorang berkata kepadanya : “Tidak cukup hijrahmu ini kesini, sedangkan kamu anak perempuan kayu bakar neraka” (menunjuk surat Abu Lahab). Maka ia sakit mendengar kata-kata tersebut dan melaporkannya pada Rasulullah saaw. Demi mendengar laporan semacam itu beliau saw jadi murka, kemudian beliau naik mimbar dan bersabda :
“Apa urusan suatu kaum menyakitiku, baik dalam nasabku (salahsilahku) mahupun kerabatku. Barang siapa menyakiti nasabku serta sanak kerabatku, maka telah menyakitiku dan barang siapa yang menyakitiku, maka dia menyakiti Allah SWT. "
Sa’ad bin Manshur dalam kitab Sunannya meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair tentang Firman Allah SWT (Q.S; 42,23) :
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meinta dari kalian sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang terhadap keluarga (Ahlul Bait)”.
Sebenarnya pandangan tentang kafirnya Abu Thalib adalah hasil rekaan politik Bani Umaiyah di bawah pemerintahan Abu Sufyan seseorang yang memusuhi Nabi saaw sepanjang hidupnya, memeluk Islam karena terpaksa dalam pembebasan Makkah, kemudian dilanjutkan oleh putranya Muawiyah, seorang yang diberi gelar oleh Nabi saaw sebagai kelompok angkara murka, yang meracuni cucu Nabi saaw, Imam Hasan ibn Ali a.s.
Dalam kitab Wafiyat Al-A’yan Ibnu Khalliqan menuturkan cerita Imam Nasa-i (penyusun kitab hadits sunna Al-Nasa-i), bahwasanya sewaktu Nasa-i memasuki kota Damaskus, ia didesak orang untuk meriwayatkan keutamaan Muawiyah, kata Nasa-i:
“ Aku tidak menemukan keutamaan Muawiyah kecuali sabda Rasul tentang dirinya – semoga Allah tidak mengenyangkan perutnya”.
Selanjutnya,Yazid anak Muawiyah si pembunuh Husein ibn Ali cucu Nabi Muhammad saaw di padang Karbala bersama 72 keluarga dan sahabatnya. Muawiyah yang sebagian Ulama dikatagorikan sebagai sahabat Nabi saaw , telah memerintahkan pelaknatan terhadap Imam Ali bin Abi Thalib hampir 70.000 mimbar umat Islam dan dilanjutkan oleh anak cucu-cucu Bani Umaiyah selam 90 tahun sampai masa Umar bin Abdul Azizi. Ibnu Abil Hadid menyebutkan Muawiyah membentuk sebuah lembaga yan bertugas mencetak hadits-hadits palsu dalam pelbagai segi terutama yang menyangkut keluarga Nabi saaw, lembaga tersebut beranggotakan beberapa orang sahabat dan Tabi’in (sahabtnya sahabat) diantaranya “Amr ibn Al-ash, Mughirah ibn Syu’bah dan Urwah ibn Zubair).
Inilah seba serbi tentang status keimanan Abu Talib. Kalau nak yang lengkap, sila berikan emel korang. Nanti saya boleh tolong forward kan.
Jadi, sekarang kita dah tahu keimanan Abu Talib. Kita kena ubah fakta yang salah dulu sebab fakta tu hanyalah menyumbang kita menyakiti Nabi Muhammad saw . Teruk padahnya bila kita menyakiti Nabi Muhammad saw. Allah murka dengan kita nanti.
**
Harap nanti dapat ke Behrang melawat Madrasah Syeikh Zaid dan Hjh Ayesha. :D
Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya selitkan disini.
Terima kasih sbb baca :)
Thursday, March 3, 2011
Kisah 3 Pemuda .
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat.
Hmm.
Hari ni saya nak kongsikan satu kisah wali ul Allah , Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Kisah ni diceritakan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki sewaktu kuliah beliau pada hari ahad minggu lepas.
Kisahnya:
Pada suatu hari, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani bersama dua orang lagi rakannya bersiap sedia untuk bertemu dengan seorang wali Qutub. Maka ketiga-tiga pemuda itu pun berbincang sesama sendiri apa hajat yang mereka mahukan daripada wali tersebut.
Pemuda pertama berkata: "Aku mahu bertanya satu soalan kepada wali tu (untuk memastikan beliau benar wali Qutub) . "
Seterusnya, pemuda kedua pula berkata: "Aku mahu bertanya kepadanya soalan yang tidak boleh dijawab olehnya."
Setibanya giliran Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, beliau berkata: "Aku tidak mahu meminta apa-apa atau tanya apa-apa daripadanya melainkan aku mahu berjumpa dengannya untuk megambil berkat dirinya."
Maka ketiga-tiga pemuda itu pun pergi berjumpa dengan wali Qutub tersebut.
Sebelum sempat pemuda-pemuda itu berbicara, wali tersebut menjawab soalan pemuda pertama tanpa diberitahu soalannya. Wali tersebut juga menjawab pertanyaan pemuda kedua.
Kemudian wali tersebut berkata:
"Kamu (pemuda pertama) , akan mati dalam cinta kepada dunia dan kamu(pemuda kedua) akan mati kekufuran dan kamu( Syeikh Abdul Qadir al-Jailani) kerana kerendahan hati , kamu akan menjadi wali dan semua aulia akan bersetuju dengan kamu justeru diibaratkan kaki kamu berada diatas
tengkuk para aulia'. "
Maka setelah beberapa tahun berlalu, pemuda pertama menjadi seorang yang kaya raya dan dia tenggelam dalam hal keduniaan. Pemuda kedua pula, menjadi pejuang agama yang bijak mematahkan hujah kufar tetapi dia menerima tawaran Maharaja Rom untuk menjadi gabenor. Dia juga berkahwin dengan anak maharaja rom dengan menukar agamanya (murtad).
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, menjadi ulama tersohor dan gigih memperjuangkan agama Allah. Semua kata-katanya benar dan disokong oleh para aulia. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh wali Qutub itu.
Jadi, kesimpulan yang syeikh Fuad buat ialah, apabila kita nak masuk ke halaman para aulia' , ulama , kita mestilah datang dengan kehinaan dan memuliakan mereka. Kerana mereka ni merupakan tali penyelamat kita daripada tersasar daripada jalan Allah. Bahkan wajib bagi kita untuk bersama dengan mereka.
Sekian.
:)
Bacaan ni dibaca sewaktu maulid nabi .
Jom sama-sama hayati :
Wahai Tuhanku! Ampunilah dosa-dosaku , Ya Allah!
Dengan keberkatanAl-Hadi Muhammad, Ya Allah!
Tuhanku! Temukanlah kami dengan kemuliaannya, ya Allah!
Di sampingnya, di sebaik-baik tempat , ya Allah!
Dan selawat Allah meliputi, Ya Allah!
Akan semulia-mulia Rasul, Muhammad saw, Ya Allah!
Serta salam yang berpanjangan, Ya Allah!
Setiap masa diperbaharui, Ya Allah!
Amin ~
Monday, February 28, 2011
Si Kusta, Si Botak dan Si Buta.

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat baginda.
Cerita ni versi bahasa Melayu yang saya terjemahkan daripada website
Pada suatu hari, Allah menguji tiga orang hambaNya yang masing-masing berbeza daripada aspek fizikal dan (rohani); seorang menghidap penyakit kusta dan dipinggirkan, seorang lagi si botak yang mempunyai masalah rambut dan yang terakhir seorang yang buta.
Jadi, Allah menghantar tenteraNya (malaikat) kepada Si Kusta dan bertanya,
" Perkara apa yang paling awak kehendaki?"
Si Kusta menjawab, "Saya mahukan warna kulit yang cantik dan menawan dan kulit yang molek sehinggakan orang boleh terima saya. "
Malaikat yang diutuskan tadi pun menyentuh si Kusta tadi . Penyakitnya sembuh, kulitnya cantik menawan.
Setelah itu, malaikat bertanya lagi,
"Harta apa yang paling awak suka (dan kehendaki) ?"
"Unta (atau lembu)". Jawab si Kusta itu tadi. Dia diberi seekor lembu betina yang sedang bunting.
Sebelum berangkat, malaikat berkata, "Semoga Allah merahmati kamu dengan pemberianNya ini."
Seterusnya, malaikat pun pergi bertemu dengan Si Botak dan bertanya,
"Perkara apa yang paling awak suka ?"
Si botak menjawab, "Saya sukakan rambut yang lawa dan berharap agar disembuhkan daripada penyakit botak ni agar masyarakat dapat menerima saya dengan baik."
Malaikat pun menyentuhnya dan dengan izin Allah kepala si Botak ditumbuhi rambut dengan lebat dan lawa.
Malaikat pun terus bertanya, "Harta apa yang paling awak kehendaki ? "
"Lembu." , jawab Si Botak.
Malaikat beri seekor lembu betina yang bunting kepadanya dan berkata, "Semoga Allah merahmati awak dengan pemberian ni. "
Selanjutnya, malaikat bertemu dengan Si Buta dan bertanya soalan yang sama kepadanya. Lantas Si Botak menjawab, "Saya mahu Allah mengembalikan penglihatan saya agar saya dapat lihat orang ramai."
Malaikat menyentuh matanya dan Allah menegembalikan peglihatannya. Malaikat bertanya lagi, " Harta apa yang awak mahukan ?"Dia menjawab."Saya mahukan biri-biri.".
Setelah beberapa lama, ketiga-tiga binatang peliharaan mereka beranak pinak dan memberikan banyak keuntungan kepada mereka bertiga. Masing-masing mempunyai ladang ternakan.
Malaikat kemudiannya menyamar dalam rupa seorang yang menghidap kusta dan pergi bertemu dengan Si Kusta tadi. Malaikat pun berkata,
"Saya seorang yang miskin dan tiada kegembiraan dalam hidup saya. Tiada yang lain dapat memenuhi hajat saya melainkan Allah dan saudara. Dengan nama Allah yang telah berikan kulit yang cantik dan harta yang banyak kepada saudara, saya ingin meminta seekor unta agar saya sampai ke tempat tujuan saya. "
Si Kusta pun menjawab , "Saya ada banyak tanggungan (saya tak boleh beri).
Malaikat berkata lagi, " Saya rasa saya kenal saudara. Saudaralah orang kusta dan miskin dahulunya dan Allah yang memberi semua kenikmatan ini, bukan ?"
Si Kusta menjawab, " Ah, salah! Semua ni harta peninggalan nenek moyang saya."
Malaikat berkata selanjutnya, " Jika saudara berkata dusta, maka Allah akan menjadikan saudara
seperti dahulu.(menghidap kusta) "
[Sahih Bukhari: Volume 4, Book 56 Virtues and Merits of the Prophet (pbuh) and his Companions Number 670]
Semoga kita dapat jadi macam Si Buta yang bersyukur dengan pemberian Allah swt.
Amin.
Sunday, February 20, 2011
Gempak ! :D
Gempak lah sambutan Maulidur Rasul tahun ni. Ni kali pertama saya sambut Maulid semeriah ni. This is the first time and there will always be next time|s| . InsyaAllah .
Ada beberapa tempat yang kami (saya & keluarga) pergi untuk merayakan hari kebesaran , Hari Maulidur Rasul.
Tempat- tempatnya :
1) Masjid Darul Ehsan Tunku Abdul Razak, Ampang
2) Darul Quran wal Hadith , Ampang
3) Yayasan Sofa, Rembau , Negeri Sembilan
4) Masjid WIlayah, Kuala Lumpur
5) Yayasan Al Jenderami, Jenderam.
Sangat seronok sambutan-sambutan yang diadakan di tempat2 tersebut. Kalau di tempat ( 1- 4) anjuran Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki dan Yayasan Sofa, kami mengkhatamkan kitab Syamail Nabi sama-sama dibawah pimpinan Syeikh Fuad.
Hari kemuncak yg diadakan di Masjid Wilayah (12 Rabiul Awal) ktorg dapat ijazah untuk kitab syamail nabi hasil tulisan Imam Tirmizi yang diterjemahkan oleh Syeikh Fuad.
Memang best. (haha , bnyk kali dah ckp best )
Sepanjang sambutan ni, banyak qasidah-qasidah yang dialunkan. Sedap jugak :)
Bacaan maulid pun best . Baru tahun ni saya faham maksud bacaan maulid Dibai'e.
Yayasan Jenderami:
Sambutan besar-besaran bagi Yayasan Jenderami ni semalam. Kami ke sana petang semalam utk sama-sama menyambut maulid.
Even tersesat nak cari kawasan ni, tapi dengan izin Allah ktorg sampai jugak .
Selepas je solat maghrib, ada sesi ceramah daripda ulama-ulama nusantara. solat isyak, maulid then ceramah .
Tengah dengar-dengar ceramah, tiba2 ternampak syeikh Fuad kat dalam TV.
whoah! Best gile Syeikh Fuad dtg sekali.
Makanan pun best jugak. Kambing . beek beeek ..
hmm..
so, last words,
sy berhajat untuk menyambut lagi maulid macam ni.
semoga apa sahaja amal yang ktorg buat, umat Muhammad buat diterimaNya.
and and , semoga kita dapat mencintai Rasulullah saw. :)
amin.
Ni ada sedikit gambar :)
tengok lah ;
Monday, January 31, 2011
Evolution? ahh, crept!
Come on! We've been fooled!
Semalam saya pergi ke ceramah Sign of Creator di Shah Alam. Ceramah tu dibawakan khas daripada Dr. Oktar Babuna & Dr. Cihat Gundogdu daripada Harun Yahya Institiution.
Best lah ceramah tuh.
~~~
Korang tau kan teori evolusi- Charles Darwin?
Yang pasal teori manusia daripada monyet dan berevolusi menjadi manusia sempurna? oh man, this sounds gigantically crept!
Okay, saya bukan nak promo teori dia pulak tapi sebagai orang yang waras akal, teori evolusi pakcik Darwin ni memang tak masuk akal. Even science can't prove it :P
Teori ni menyatakan kejadian manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan juga benda-benda di bumi berdasarkan 3 perkara iaitu; natural selection(pemilihan semulajadi), chance(nasib) dan mutation(mutanisasi) .
Boleh pula benda jadi dengan cara pilih-pilih atau nasib atau mutanisasi. haha. Maknanya kalau tornado mengganas pastu bila dia berhenti boeing 747 keluar di angkasa ke ? Itu cuma munasabah bila teori evolusi (natural selection) ini sahih.
Harun Yahya atau Adnan Oktar buat kajian atas semua ni untuk menafikan teori evolusi. Kenapa? Sebabnya, teori evolusi ni khas direka untuk buat kita tak percaya dengan wujudnya Tuhan (Allah). Sebagai orang Islam, kita semua percaya dengan kewujudan Allah sebagai Pencipta dan tiada selain Dia Yang Maha BerKuasa.
Macam mana pulak Harun Yahya ni patahkan hujah evolusionists ?
Hujah yang paling gagah dalam hujah-hujah gagah ialah kejadian sel.
Sel yang merupakan komponen setiap hidupan menjadi asas kukuh untuk mematahkan hujah evolusionists.
Ye lah, sel(yang juga protein) dijadikan oleh protein. Dalam satu sel ada banyak lagi kompenen kecil yang lain yang dinamakan sebagai organelles.
Contoh-contoh organlle seperti mitochondria(pengusaha tenaga), nucleus(kawal aktiviti), ribosome(buat protein) dan sebagainya.
Jadi, macam mana protein boleh jadi sel(yang juga protein) ? Mana datangnya protein yang membentuk sel tu?
Natural selection? nay, tak logik.
Chance? lagi lah tak logik. ikut nasib je protein jadikan sel. kalau nasib tak baik , protein sintesis jadi lemak ke karbohidrat ke macam mana?
and mutation ? haha.. kalau nak mutasi, mesti kena ada objek tu. even so mutation, the orgamisn will never be a perfect one. sebab mutasi ni 99% merosakan orgnisma dan 1% tiada tindakbalas.
so, Allah dah ciptakan kita dengan sebaiknya. Kenapa kita nak setuju pulak dengan evolutionists ni yang kata kita daripada beruk?! Allah dah jadikan sel tu dengan fungsi-fungsinya yang mana lebih kompleks daripada bandar-bandar besar dunia seperti New York City and so on.
jap-jap;
korang jangan tak suke kereta Mitshubishi Evo pulak . haha..
hmm..
tu je lah yang saya nak tulis hari ni.
insyAllah, sambung lain kali.
Kudos to Abi sbb bawa ke ceramah semalam.
Sunday, May 30, 2010
Pemurah atau Murahan?
How are you guys? Hopefully all of us are in pink and still can verbalise syahadah. :)
Pemurah atau Murahan?
Apa yang dihantar oleh neuron2 korang bila baca tajuk pos ni? Huhu.. *sila komen yeah ap yg korang fikir* hehe..
Alright, pemurah? Apa tu pemurah? Murahan? Apa tu murahan?
Pemurah ni kira satu perkataan yang agak subjektif utk dirungkaikan maksudnya. Yelah, ada orang kata seseorang tu pemurah bila dia suka belanja keluarga n sahabat handai. Ada jugak yang kata orang yang suka bersedekah tu sbg pemurah and even orang yang suka senyum pun dikatakan pemurah. So,its a subjective word.
Murahan apa pulak? hmm.. Perkataan murahan selalu membawa persepsi yang negetif dalam masyarakat kita kan? Yelah, korang mesti selalu dengar perempuan murahan kan? so, they use the word murahan to describe bad things. hey, opps! perempuan je ke yang ada murahan? How about lelaki murahan? Ada jugak kan? Siapa setuju? hehe.. dah, dah. nanti karang jadi gender war pulak. :)
Apa apa pun, hari ni saya saja nak tulis pasal pemurah. Sorry lah Murahan. I have no idea yet on what to write about you. hehe..
Alright, sebelum kita menerjah macam mana situasi ataupun amalan pemurah tu dalam kehidupan kita yang berspecies sapien ni jom kita tengok sifat Pemurah Pencipta kita yang satu, Allah swt.
First and foremost, Allah generosity is way too different from us. not just as different as chalk and cheese but more than that. Allah is the Owner of all creatures and of course He's the Most Generous and Most AlMighty.
Kalau nak cerita pasal pemurahnya Allah, memang tak kan habis even sampai bila-bila sebab terlampau banyak.
Sejak penciptaan manusia pertama, Adam as pun kita boleh teliti betapa pemurahnya Allah. (but, don't limit sifat2 Allah, even sebelum Adam dijadikan lagi. :) )
Adam dijadikan daripada tanah dan dia keseorangan di syurga, memerlukan teman. Lantas, Allah menjadikan Hawa daripada tulung rusuk Adam utk menemani Adam. Allah Maha Pemurah sbb tak nak tengok Adam keseorangan di syurga. Just imagine if Allah has opposite character , Eve wouldn't be created and there would be no human anymore. Kita pun tak de lah. Kita pun tak boleh lah pulak nak rasa kehidupan kat dunia darul fanaa ni . huhu..

Next;
Breathe in ......
Breathe out.....
huhhh~
Udara yang ada kat sekeliling kita ni percuma je kan? Just imagine kalau kena bayar? Perggh! Bukan setakat poket koyak, paru-paru, aveoli pun boleh koyak jugak.
Tapi, Allah tu kan Maha Pemurah, Dia bagi kena hirup udara dengan percuma supaya kita boleh terus bernafas dan mengabdikan diri kepadaNya. n_n
Kita dapat bernafas dengan sempurna ni pun kira salah satu daripada nikmat yang Allah dah bagi walaupun kita cemarkan alam sekitar. Huish! Teruk jugak kan kita ni! Dahlah hirup udara free2, tapi cemarkan alam dengan segala macam benda beracun pastu boleh pulak kita lupa dekat Allah yang memberi nikmat.
Kalau manusia, tandas awam pun kena bayar. kononya nak pastikan tandas tu sentiasa bersih. tapi, kotor jugak. x_x
Kita sebagai manusia memang tak sempurna. Siapa rasa dia sempurna? Even perfectionist ain't perfect. haha.. Hanya satu je yang sungguh sempurna di alam ni iaitu Allah swt. :)
Kita yang tak sempurna ni mestilah tak lari daripada melakukan kesilapan, kekhilafan, betul tak? Lidah pun kita boleh tergigit. huhu.. Padahal lidah tu kawan baik gigi.
Kita juga selalu melakukan kemungkaran. Contoh perkara yang kita selalu buat eventhough we know there are wrong like lewat-lewatkan solat, tinggalkan solat sebab kononnya tak sempat, dan banyak lagi. Kalau nk dikirakan, memang dah banyak kesalahan kita buat.
Tapi, tak kan kita nk biarkan je benda ni? Nanti akan bagi kesan kat kehidupan akhirat kita.
Jadi, kita pun perlu bertaubat kepada Allah dan sebaik-baik taubat ialah taubat nasuha. Kita ni kadang-kadang 'tau buat' je, taubat tak reti. hehe.
Walau sebanyak mana pun dosa yang kita dah buat, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah amat pemurah dengan kemaafan. Semoga kekhilafan yang telah kita lakukan mendapat keampunan daripadaNya.
Amin~
Manusia yang pemurah?
Let me make it as short and as simple as it can alright.
Mereka yang pemurah ialah mereka yang bibirnya sentiasa berzikir mengagungi kebesaran Penciptanya dan sentiasa berselawat ke atas utusan Tuhan mereka iaitu Nabi Muhammad saw. Kalau sentiasa berzikir n berselawat , kita juga yang dapat habuannya.Kita tau, tapi jarang-jarang sekali amalkan. huhu.. Semoga kita boleh jadi manusia yang pemurah dengan zikir dan selawat.
Tambahan lagi, apa yang ada didalam hati akan ditunjukkan diluar juga. Kalau kita selalu zikir n selawat mesti peribadi kita bertambah baik. Tak gitu? hoho.
Though its sorta diff to do it as a routine, but we could start it slowly. hoho. May Allah bless us the inclination towards good things. :)
thats all for this time :)
Wasalam.
Take care ^^
Thursday, May 27, 2010
Turning point?
Huh. Dah berapa kilo habuk kat blog ni agaknya? It's been awhile i x update blog. Well, maklumlah sibuk dengan exams. ^^
Much to the statement, exam isn't over yet. A week to go.
Sedikit hiasan . :)Hmm..
Kenapa turning point? Macam nak cari maximum or minimum point utk graph lah pulak kan?
Turning point yang saya maksudkan disini berbeza daripada dalam Add Math/Mathematics.
Tapi, turning point dalam kehidupan.
Setiap orang akan mengalami peringkat turning point ni dalam kehidupan masing-masing. Its either turning point to be a better person or vice verse.
Bila agaknya seseorang tu akan mengalami turning point ni?
hmm..
It depends on the individual himself. Secara majoritinya, orang akan menemui turning point mereka bila mereka menghadapi satu kesulitan atau ujian yang agak berat dalam kehidupan mereka. Dengan ujian/kesulitan ini, terkadang membuatkan seseorang tu fikir kenapa Allah bagi ujian yang sebegitu rupa terhadap dirinya.
Ujian yang Allah bagi untuk setiap individu juga berbeza-beza. Ada orang diuji dengan kemewahan hidup yang melimpah ruah. Allah menguji sejauh mana dia bersyukur dengan harta yang telah Allah rezekikan.
Ada pula yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Allah menguji tahap kesabarannya pula.
Ujian-ujian dalam hidup boleh diibaratkan sebagai air yang berada dalam condition yang berbeza-beza. maksudnya, kalau air diletakkan ditempat yang suhunya bawah 0 darjah Celsius, air itu akan membeku dan berlaku perubahan daripada segi sifat fizikalnya. Air menjadi lebih teguh. Kalau kita hadapi ujian dengan redha, insyaAllah it will make us grow stronger and moremature. Tapi kalau sebaliknya, kita akan jadi macam wap air yang tidak tetap bentuk fizikalnya.
kiranya nanti kita akan banyak mengalami sindrom keliru.
huhu..
Ni kiub-kiub ais. :)Sekiranya kita rasa tidak mampu untuk menempuh ujian-ujian itu, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang luar daripada kemampuannya. Allah kan Maha Penyayang. Kalau kita diuji dengan ujian yang kita rasa amatlah berat untuk digalas oleh bahu kita, ingatlah kita merupakan seorang yang gagah.Tu sebabnya Allah uji. :) Walaupun masalah tu lagi berat daripada 50 ekor gajah Siam, kita InsyaAllah mampu untuk mengharunginya.
Dalam masa yang sama, kita juga perlukan teman untuk sama-sama bantu dalam menyelesaikan peperangan emosi dan sebagainya. Orang disekeliling kita amat diperlukan untuk memberi nasihat dan menjadi pendengar sejati. So, when you have problems, don't keepit to yourself. Share with your trusted lassie/chaps/family. If you keep it all by yourself, boleh jadi meroyan kot. huhu..
Hmm..
Semoga kita dapat menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari. Hopefully, kita akan dapat mencari keikhlasan dalam kehidupan kita walaupun keikhlasan tu ibarat semut hitam yang berjalan dalam kegelapan malam. Wujudnya dia tidak kelihatan tapi hakikatnya dia ada.
that's all.
thank you for reading.
