Sunday, March 20, 2011

Kisah : Rembau ^__^

Assalammualaikum.
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat baginda :D
**

Semalam ! Hebatt :D

Saya sekeluarga (kecuali Along) 'merantau' ke Rembau, Negeri Sembilan semalam sebab Syeikh Fuad buat maulid di sana. Maulid semalam berbeza sedikit sebab kami tak menggunakan teks maulid Dai'bai' tapi guna maulid nukilan Syeikh Abdul Qadir al Jailani.

Kami tiba di Sekolah Tinggi As Sofa dalam jam 6:10 petang. Luar perkarangan sekolah Sofa tu nampak macam tak ramai orang, tapi bila masuk je, fuhhh.. ramai !

Alunan qasidah daripada pelajar sekolah Sofa dan Darul Maliki memenuhi ruang angkasa sementara menunggu masuknya waktu maghrib.

*solat*

Selepas selesai solat maghrib, Syeikh Fuad pun terus mengetuai selawat sehinggalah masuk waktu isyak. Selesai sola isyak, tetamu dari Turki yakni As Syarif Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani Al Husaini pun meneruskan agenda dengan menyampaikan sedikit ceramah. Beliau berceramah dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Syeikh Rohimuddin Al Bantani.
Yelah, kalau tak de terjemahan, memang pakat tak faham lah. Maklumlah kami ni semua 'pakar' dalam bahasa Arab. huhu .. *wink*

Antara isi ceramah beliau ialah mengenai sambutan maulid. Ni yang seronok nih.
Beliau mengatakan bahawa Allah pun menyambut maulid Nabi Muhammad saw. Ini dapat dilihat menerusi kisah-kisah para nabi bermula dengan Nabi Adam alaihisalam.

Nabi Adam memohon ampun kepada Allah diatas kekhilafan baginda selama 300 tahun. Allah kemudiannya mengilhamkan baginda untuk menyebut nama Nabi Muhammad saw (mengambil berkat nama Nabi Muhammad) sewaktu memohon taubat daripada Allah.
Nabi Adam ditanya bagaimana baginda tahu nama Muhammad saw tersebut . Baginda melihat nama Muhammad (saw) terletak bersama dengan nama Allah di arasy. Sudah semestinya Muhammad (saw) merupakan seorang yang dicintai Allah swt.
Allah menerangkan kepada baginda bahawa Muhammad (saw) itu merupakan dari keturunan baginda dan merupakan rasul terakhir.

Apalah daya untuk kita mengharamkan maulid (kepada yang mengatakan maulid ni bidaah), sedangkan Allah Yang Maha Besar memuliakan Nabi Muhammad saw. Memang tak berakal betul sesiapa yang membidaahkan maulid tuh. *crept*


Selanjutnya , kisah Nabi Nuh dengan bahtera baginda.
Nabi Nuh menulis nama Nabi Muhammad saw, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali serta Sayyidina Hasan dan Sayyidina Hussin di tepi bahtera baginda. Apabila ditanyakan kepada baginda siapakah orang-orang (nama-nama tersebut) ini.. Maka, Nabi Nuh berkata; "Muhammad itu rasul terakhir, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah para sahabat baginda. Hasan dan Husin ialah cucunda baginda."
Nabi Nuh dan kaumnya yang menaiki bahtera itu terselamat daripada banjir besar yang melanda negeri mereka.

(ni serba sedikit ceramah syeikh tersebut).
Jelas terbukti, Allah memuliakan Nabi Muhammad saw dalam kitab-kitab Samawi. Jadi, tidak salah malah lagi diharuskan untuk kita menyambut maulid. (macam wajib) .
Kalau orang nak kata sambut maulid ni bidaah, apa lah yang bidaahnya. Dalam maulid tu, selawat, memuji keagungan Rasulullah, memuliakan baginda. Salah ke ?

So, there's nothing wrong with it.
Kpd yang membidaahkan maulid ni, cukup-cukuplah ok. Satu je cara kita nak selamat di hari Akhirat nanti , hanya dengan syafaat Rasulullah saw. Jadi, kalau didunia (sekarang ni) , kita tak nak berselawat,menyambut maulid, macam mana kat Akhirat nanti nak dapat syafaat baginda ?

Majlis Maulid tamat dalam jam 11:30pm.

Banyak yg saya pelajari sepanjgan program ni berlangsung.
dan kalau ada kesempatan lagi, insyaAllah nak pergi lagi mana-mana majlis Maulid.

Sekian,
nfmr :D

No comments:

Post a Comment