Friday, March 18, 2011

Kisah : Behrang :D

Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabatnya.
**

Rentetan ziarah saya ke Behrang tempoh hari, sengaja saya nak kongsi disini sedikt cerita pengalaman Syeikh Muhammad Zaid dan Syeikh Ayesha sewaktu usaha dakwah mereka di England.

**

Syeikh Muhammad Zaid dan Syeikh Ayesha bercerita tentang seorang Wahabi yang hadir dalam majlis ilmu mereka. Untuk pengetahuan semua, majlis ilmu tersebut dihadiri bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islam juga. (lokasinya di England) .

Setelah selesai taklimat mereka, sesi soal-jawab pun bermula. Seorang lelaki(wahabi) pun bangun dan bertanya kepada mereka: "Allah itu dimana?"
Syeikh Ayesha menjawab" "Dimana kamu lihat , disitulah Allah".
Dengan tak puas hati, lelaki tu bertnaya lagi, "Oh, kalau macam tu, kalau saya lihat najis, maknanya itu Allah ? "

Belum sempat kedua-dua orang syeikh tersebut menjawab, seorang lelaki berbadan tegap memegang bahu lelaki yang bertanya tadi lalu mengangkatnya. Kaki lelaki tersebut tergapai-gapai seolah-olah mencuba untuk meloloskan diri.
Dengan mudah, lelaki berbadan tegap itu mencampak lelaki tersebut keluar dewan dan dia terguling-guling jatuh daripada tangga.

Sejurus lepas itu, Syeikh Muhammad Zaid pun menjawab persoalan yang dikemukan oleh lelaki tadi.
"Ya, memang benar apa yang dikatakannya. Tapi, apa yang kita lihat (najis tadi) bukanlah Zat Allah tapi kudratNya. Yakni kekuasaanNya. Bagaimana saya boleh berkata begitu? Baiklah, cuba kita lihat, daripada najis ini akan terjadinya baja. Baja akan memberi khasiat kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut akan bercambah dengan baik dan mengeluarkan bunga. Daripada bunga, akan terhasilnya buah yang enak dan sedap dimakan. Jadi, apa yang kita lihat itu adalah daya kerja (kudrat) Allah yang menjadikan najis kepada buah yang enak dimakan. Apa yang kita lihat bukannya Zat Allah tapi kudratNya. "

Panjang huraian yang diberikan oleh Syeikh Muhammad Zaid.

Kami pun ketawa berdekah-dekah apabila mendengar cerita ni. Pengalaman mereka ni nampak mcam mudah, tapi penuh bermakna bagi sesiapa yang menghargainya.

Sangat seronok bila dapat bersembang dengan para Ulama :D

p/s: Untuk pengetahuan semua; Syeikh Muhammad Zaid Sani Al Sinni ni merupakan syeikh kuat tariqat Naqsyahbandi :D

Sekian,
wasalam :D

No comments:

Post a Comment