Thursday, March 3, 2011

Kisah 3 Pemuda .

Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat.

Hmm.
Hari ni saya nak kongsikan satu kisah wali ul Allah , Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Kisah ni diceritakan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki sewaktu kuliah beliau pada hari ahad minggu lepas.

Kisahnya:

Pada suatu hari, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani bersama dua orang lagi rakannya bersiap sedia untuk bertemu dengan seorang wali Qutub. Maka ketiga-tiga pemuda itu pun berbincang sesama sendiri apa hajat yang mereka mahukan daripada wali tersebut.

Pemuda pertama berkata: "Aku mahu bertanya satu soalan kepada wali tu (untuk memastikan beliau benar wali Qutub) . "

Seterusnya, pemuda kedua pula berkata: "Aku mahu bertanya kepadanya soalan yang tidak boleh dijawab olehnya."

Setibanya giliran Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, beliau berkata: "Aku tidak mahu meminta apa-apa atau tanya apa-apa daripadanya melainkan aku mahu berjumpa dengannya untuk megambil berkat dirinya."

Maka ketiga-tiga pemuda itu pun pergi berjumpa dengan wali Qutub tersebut.
Sebelum sempat pemuda-pemuda itu berbicara, wali tersebut menjawab soalan pemuda pertama tanpa diberitahu soalannya. Wali tersebut juga menjawab pertanyaan pemuda kedua.
Kemudian wali tersebut berkata:
"Kamu (pemuda pertama) , akan mati dalam cinta kepada dunia dan kamu(pemuda kedua) akan mati kekufuran dan kamu( Syeikh Abdul Qadir al-Jailani) kerana kerendahan hati , kamu akan menjadi wali dan semua aulia akan bersetuju dengan kamu justeru diibaratkan kaki kamu berada diatas
tengkuk para aulia'. "


Maka setelah beberapa tahun berlalu, pemuda pertama menjadi seorang yang kaya raya dan dia tenggelam dalam hal keduniaan. Pemuda kedua pula, menjadi pejuang agama yang bijak mematahkan hujah kufar tetapi dia menerima tawaran Maharaja Rom untuk menjadi gabenor. Dia juga berkahwin dengan anak maharaja rom dengan menukar agamanya (murtad).
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, menjadi ulama tersohor dan gigih memperjuangkan agama Allah. Semua kata-katanya benar dan disokong oleh para aulia. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh wali Qutub itu.

Jadi, kesimpulan yang syeikh Fuad buat ialah, apabila kita nak masuk ke halaman para aulia' , ulama , kita mestilah datang dengan kehinaan dan memuliakan mereka. Kerana mereka ni merupakan tali penyelamat kita daripada tersasar daripada jalan Allah. Bahkan wajib bagi kita untuk bersama dengan mereka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment