Assalamualaikum.
Selawat dan salam keatas Rasulullah , ahli keluarga dan para sahabat baginda .
Petang semalam saya ikut parents ke rumah Datuk Abdullah Hussain untuk beri token copies novel Isabella terbitan Pelima Media Sdn Bhd kepada beliau.
Isteri beliau, Datin Siti Saroja menyambut kami. Datuk Abdulllah sedang berehat sewaktu tu.
Alang-alang kami dah ada kat sana, Datin pun memulakan ceritanya.
Cerita pasal isu novel Interlok .
Rancak Datin bercerita. Banyak yang saya dapat daripada penceritaan beliau.
tu sebabnya baru sekarang saya nak tulis pasal Interlok ni.
Sebelum tu saya nak share:
Bilamana kaum Melayu sentuh (walaupun sedikit) perihal 'sensitif' (faham-fahamlah) , mesti akan dilabel racist lah, apa lah. Tapi bila yang lain sentuh hal ini, mereka dianggap memperjuangkan hak mereka.
Bagi saya ini amat tidak adil bagi kaum Melayu kerana Malaysia ni tanah air kita.
(ada sesiapa nak kata saya racist ? )
***
Cuba korang bayangkan, korang hasil karya korang dibakar, dihina dan macam-macam lagi? Korang seronok ? Bahagia ? Tak kan ? Mesti sedih, kecewa dll.
Itulah perasaan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain.
Kesian saya tengok beliau.
Menurut isteri beliau, dulu (sebelum kejadian ni) , beliau merupaka seorang yang ceria. Ye, memang pun. Sebab tahun lepas saya n parents ada pergi melawat beliau (atas urusan Novel Isabella) . Beliau sangat ceria dan ramah.
Sekarang, dah berbeza. Haih, memang tak berhati perut mereka-meraka yang bertindak seakan anak kecil ni. Tak fikir langsung perasaan sasterawan negara.
Saya pelik bilamana mereka nak marah bila guna 'perkataan' tu. Bukankah 'mereka' sendiri yang cipta perkataan tu ? Kasta and whatnots.
Then bila orang menulis tentang fakta sejarah, orang tu dikecam macam buat salah yang teruk . Padahal tu semua sejarah.
Okay, sekarang baru saya faham. Orang 'suka' distorted history. Padanlah banyak buku-buku sejarah yang menipu.
Teruskanlah mendokong distorted history tu kalau tu yang buat korang gembira. Tapi, jangan lupa pulak, yang korang sebenarnya menipu diri sendiri.
Okay, kembali kepada cerita Datuk Abdullah Hussain.
Saya berharap Datuk akan kembali ceria seperti biasa dan dalam masa yang sama gembira dengan terbitan semula novel Isabella terjemahan beliau.
Semoga Allah melindungi beliau sekeluarga.
Amin.
No comments:
Post a Comment