Monday, February 28, 2011

Si Kusta, Si Botak dan Si Buta.


Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat baginda.


Cerita ni versi bahasa Melayu yang saya terjemahkan daripada website

Pada suatu hari, Allah menguji tiga orang hambaNya yang masing-masing berbeza daripada aspek fizikal dan (rohani); seorang menghidap penyakit kusta dan dipinggirkan, seorang lagi si botak yang mempunyai masalah rambut dan yang terakhir seorang yang buta.

Jadi, Allah menghantar tenteraNya (malaikat) kepada Si Kusta dan bertanya,

" Perkara apa yang paling awak kehendaki?"

Si Kusta menjawab, "Saya mahukan warna kulit yang cantik dan menawan dan kulit yang molek sehinggakan orang boleh terima saya. "

Malaikat yang diutuskan tadi pun menyentuh si Kusta tadi . Penyakitnya sembuh, kulitnya cantik menawan.

Setelah itu, malaikat bertanya lagi,

"Harta apa yang paling awak suka (dan kehendaki) ?"

"Unta (atau lembu)". Jawab si Kusta itu tadi. Dia diberi seekor lembu betina yang sedang bunting.

Sebelum berangkat, malaikat berkata, "Semoga Allah merahmati kamu dengan pemberianNya ini."


Seterusnya, malaikat pun pergi bertemu dengan Si Botak dan bertanya,

"Perkara apa yang paling awak suka ?"

Si botak menjawab, "Saya sukakan rambut yang lawa dan berharap agar disembuhkan daripada penyakit botak ni agar masyarakat dapat menerima saya dengan baik."

Malaikat pun menyentuhnya dan dengan izin Allah kepala si Botak ditumbuhi rambut dengan lebat dan lawa.

Malaikat pun terus bertanya, "Harta apa yang paling awak kehendaki ? "

"Lembu." , jawab Si Botak.

Malaikat beri seekor lembu betina yang bunting kepadanya dan berkata, "Semoga Allah merahmati awak dengan pemberian ni. "

Selanjutnya, malaikat bertemu dengan Si Buta dan bertanya soalan yang sama kepadanya. Lantas Si Botak menjawab, "Saya mahu Allah mengembalikan penglihatan saya agar saya dapat lihat orang ramai."

Malaikat menyentuh matanya dan Allah menegembalikan peglihatannya. Malaikat bertanya lagi, " Harta apa yang awak mahukan ?"
Dia menjawab."Saya mahukan biri-biri.".

Setelah beberapa lama, ketiga-tiga binatang peliharaan mereka beranak pinak dan memberikan banyak keuntungan kepada mereka bertiga. Masing-masing mempunyai ladang ternakan.


Malaikat kemudiannya menyamar dalam rupa seorang yang menghidap kusta dan pergi bertemu dengan Si Kusta tadi. Malaikat pun berkata,

"Saya seorang yang miskin dan tiada kegembiraan dalam hidup saya. Tiada yang lain dapat memenuhi hajat saya melainkan Allah dan saudara. Dengan nama Allah yang telah berikan kulit yang cantik dan harta yang banyak kepada saudara, saya ingin meminta seekor unta agar saya sampai ke tempat tujuan saya. "

Si Kusta pun menjawab , "Saya ada banyak tanggungan (saya tak boleh beri).

Malaikat berkata lagi, " Saya rasa saya kenal saudara. Saudaralah orang kusta dan miskin dahulunya dan Allah yang memberi semua kenikmatan ini, bukan ?"

Si Kusta menjawab, " Ah, salah! Semua ni harta peninggalan nenek moyang saya."

Malaikat berkata selanjutnya, " Jika saudara berkata dusta, maka Allah akan menjadikan saudara

seperti dahulu.(menghidap kusta) "


Malaikat pun menyamar dalam keadaan lelaki botak dan bertemu dengan Si Botak lalu bertanya soalan yang sama yang ditujukan kepada Si Kusta tadi. Dan Si Botak pun jawab sama seperti Si Kusta tadi. Lantas , malaikat pun berkata, "Kalau saudara menipu, biarkan Allah jadikan saudara seperti dalu kala." Kemudian, Malaikat pun pergi bertemu dengan Si Buta dengan penyamaran sebagai orang buta dan berkata, " Saya seorang yang miskin dan pengembara. Saya sebatang kara dan tidak mempunyai sesiapa untuk menolong saya selain Allah dan saudara. Dengan harapan ini, bolehkah saudara sedekahkan saya seekor biri-biri agar saya boleh selesaikan perjalanan saya ni." Lantas, Si Buta tadi menjawab, " Boleh silakan. Dulu saya juga buta tapi Allah telah mengembalikan penglihatan saya. Dan saya juga miskin dulu, tapi Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah sekarang. Demi Allah, saya tidak akan menghalang jikalau saudara memerlukan harta (biri-biri) saya kerana saudara mengambilnya kerana Allah." Malaikat menjawab, "Jagalah harta saudara. Sebenarnya, saudara (dan Si Kusta & Si Botak) diuji Allah dan Allah meredhai saudara tetapi memurkai yang dua lagi.
[Sahih Bukhari: Volume 4, Book 56 Virtues and Merits of the Prophet (pbuh) and his Companions Number 670]

Semoga kita dapat jadi macam Si Buta yang bersyukur dengan pemberian Allah swt.
Amin.

No comments:

Post a Comment