GOOGLE MAPS - SATELITE?
Hah! Jujurnya, saya agak takut bila tengok Google Maps - Satelite. Rasa takut tu menyelubungi saya bila tengok awan-awan dan keadaan bumi dari sudut pelan. Woah! Rasa teramat kerdil dan kecil berbanding makhluk Allah ni (bumi).
Manusia.
Kita lah tuh. Haha. Hmm, susah nak tulis benda-benda baik kat blog sebab saya pun bukannya baik. Tapi kan, kalau tak ada sesiapa yang tulis, susah lah pulak. (ceh, macam ramai je orang yang baca blog nih. perasan betul!) haha..
Tugas-tugas untuk menjadi khalifah di bumi hanya mahu dipikul oleh makhluk Allah yang bergelar manusia. Apabila Allah bertanya kepada makhlukNya yang lain; mereka semua tidak mahu kerana tugas menjadi khalifah ini amat berat.
Tapi kita, saya,...
Even though kita tahu tugas jadi khalifah ni berat, tapi kita take things for granted.
Contohnya,
tugas kita untuk menjaga bumi. tapi, kita buat yang sebaliknya. Kita buang sampah merata-rata, karbon monoksida (dan segala jenis gas beracun lah lagi) bebas terapung di langit.
Suhu bumi makin meningkat, kita rasa risau. tapi, kita masih tak buat apa-apa untuk menyelamatkan bumi.
Teruk betul kita ni. =.='
Hmm..
Semoga kita dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda , para sahabat.
No comments:
Post a Comment