Whoah!
Gempak lah sambutan Maulidur Rasul tahun ni. Ni kali pertama saya sambut Maulid semeriah ni. This is the first time and there will always be next time|s| . InsyaAllah .
Ada beberapa tempat yang kami (saya & keluarga) pergi untuk merayakan hari kebesaran , Hari Maulidur Rasul.
Tempat- tempatnya :
1) Masjid Darul Ehsan Tunku Abdul Razak, Ampang
2) Darul Quran wal Hadith , Ampang
3) Yayasan Sofa, Rembau , Negeri Sembilan
4) Masjid WIlayah, Kuala Lumpur
5) Yayasan Al Jenderami, Jenderam.
Sangat seronok sambutan-sambutan yang diadakan di tempat2 tersebut. Kalau di tempat ( 1- 4) anjuran Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki dan Yayasan Sofa, kami mengkhatamkan kitab Syamail Nabi sama-sama dibawah pimpinan Syeikh Fuad.
Hari kemuncak yg diadakan di Masjid Wilayah (12 Rabiul Awal) ktorg dapat ijazah untuk kitab syamail nabi hasil tulisan Imam Tirmizi yang diterjemahkan oleh Syeikh Fuad.
Memang best. (haha , bnyk kali dah ckp best )
Sepanjang sambutan ni, banyak qasidah-qasidah yang dialunkan. Sedap jugak :)
Bacaan maulid pun best . Baru tahun ni saya faham maksud bacaan maulid Dibai'e.
Yayasan Jenderami:
Sambutan besar-besaran bagi Yayasan Jenderami ni semalam. Kami ke sana petang semalam utk sama-sama menyambut maulid.
Even tersesat nak cari kawasan ni, tapi dengan izin Allah ktorg sampai jugak .
Selepas je solat maghrib, ada sesi ceramah daripda ulama-ulama nusantara. solat isyak, maulid then ceramah .
Tengah dengar-dengar ceramah, tiba2 ternampak syeikh Fuad kat dalam TV.
whoah! Best gile Syeikh Fuad dtg sekali.
Makanan pun best jugak. Kambing . beek beeek ..
hmm..
so, last words,
sy berhajat untuk menyambut lagi maulid macam ni.
semoga apa sahaja amal yang ktorg buat, umat Muhammad buat diterimaNya.
and and , semoga kita dapat mencintai Rasulullah saw. :)
amin.
Ni ada sedikit gambar :)
tengok lah ;
No comments:
Post a Comment