Assalammualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad , kaum keluarga dan para sahabat baginda :)
*
Sebelum saya menulis cerita yang selanjutnya, syukur kepada Allah kerana kita dikurniakan satu rahmat yang paling besar yang kita kadang-kadang tidak pernah menyedarinya . Rahmat itu ialah kelahiran Nabi Muhammad sallahu alaihi wa a la alihi wasohbihi wasalam ke dunia. Tanpa baginda kita takkan kenal erti kasih sayang dan makna kehidupan.
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Buku 'Sampaikah Amalan Orang Hidup kepada Arwah?' dan 'Bidaah' terbitan Pelima Media Sdn Bhd selamat dilancarkan semalam oleh mantan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Mohamad.
Majlis pelancaran buku tersebut dimulakan dengan persembahan ringkas tapi penuh makna oleh kumpulan AL MAWLID yang dianggotai oleh Amer Munawwer Yusof, Zaf Nazarudin, Saiful Amir dan Lah Ahmad. Mereka menyampaikan lagu Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam.
Dato Wan Mohamad melancarkan buku dengan gimik yang ringkas .
Setiap penulis berucap tentang buku mereka serba serbi.
Majlis pelancaran berjalan dengan lancar, alhamdulillah (:
Sebagai penutup, Al Mawlid bersama dengan Dr Afifi Al Akiti berselawat bagi membesarkan Nabi Muhammad saw.
Saya rasa seronok sebab dalam kesibukan masyarakat PWTC menghadiri pameran buku, ada juga majlis selawat di situ. Alhamdulillah, syukur !
Ada juga program yang menyampaikan salam ke atas baginda Rasulullah.
Selepas majlis dan makan petang tamat, Dr Afifi , Cikgu Yusnor Ef, U.Fawwaz dan Al Mawlid berada di booth Pelima Media Sdn Bhd (D55-D57, Aras 1, Dewan Tun Abdul Razak 3 =) .
Dr Afifi dan U.Fawwaz beramah mesra dengan pengunjung yang hadir . AlMawlid pun sama juga dan mereka juga sempat menjalankan GiG Selawat di booth Pelima :)
Dr Afifi pun turut serta dalam berselawat dan berqasidah di booth. Ramai juga yang berhenti dan turut sama-sama berselawat, alhamdulillah.
Sangat seronok GiG Selawat tu.
hmm..
Setakat ni dulu.
:)
Kat bawah ni ada beberapa gambar , tengoklah :)
Ni gambar2 simpanan saya :) Ditangkap dan diedit oleh saya ^^
No comments:
Post a Comment