Apabila aku kehilangan arah dan harapan,
aku merasakan diri sungguh tidak berguna,
teramat buruk lagi hodoh.
Aku tenggelam dengan perasaan sendiri
yang berkecamuk.
Tapi yang sebenarnya,
tidaklah buruk ,
bukanlah tidak berguna,
kerana aku dicintai oleh Rasulullah saw,
semenjak aku menjadi umatnya.
Mahabbahnya terzahir dalam
kehidupan aku,
kerananya ada matahari menyinari alam,
kerananya juga adanya
bulan menyuluh kegelapan malam
dan bintang-bintang yang menjadi panduan..
tetapi yang palinig penting,
adanya harapan untuk kembali
pulang kepada Allah dengan kebaikan.
Bagindalah pengharapan aku
dan seluruh umatnya.
Selawat dan salam ke atas baginda,
kaum keluarga baginda dan para sahabat,
pada seitap hembusan nafas
dan kerdipan mata.
Sesuci mahabbahmu, Ya Rasulullah,
kepadanya aku berharap.
-nfmr-
No comments:
Post a Comment