salam..
Saturday, 7/11/09: Ayad isn't at home. he went for a camp at school yesterday. Frankly, it is not really fun when he's not around. anyway, hopefully he'll enjoy his camping. :D
im currently interested in searching for motivational and inspirational stories in the Net but much to my hope i still didn't found the best web that can occupies my needs. duh~
10 more papers to go and Physics gonna be on Monday. i already feel the Monday blues. huhu.. most of my friends convinced me that physics isn't a tough subject after all but.. err.. Farihah, not buts ok! hoho.. I'll try. haha.. saya akan 'cuba,try, test dan uji.'. WTH! semua perkataan tu sama je maksud.
by the way, do you guys notice that most of our locals misuse the words: cuba, test and try. kebanyakan mereka akan kata: " kau cubalah try dulu." Encik, sila uji test drive dulu.." etc..
perasan tak anda kita telah merosakkan bahasa. hoho.. kalau tak percaya mari kita terjemahkan ayat-ayat di atas.
"kau cubalah cuba dulu.." "Encik, sila uji pandu uji dulu..".. *renung-renungkan lah ye*
i went searching for some smart study tips. and this is some chants i found:
1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang
sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
5. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
sesungguhnya, kalau nak jadi seorang pelajar yang berjaya, yang paling penting ialah tahu tujuan/niat belajar. kalau niat yang baik, insyaAllah Allah bagi kemudahan dalam urusan tersebut.
yang ni pulak hadith Rasulullah ( copy from Kak Shida's blog)
Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah salallahu alaihi wa sallam dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi. Maka apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai ( memberi pengajian),
lalu Baginda bersabda : Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh), maka Allah juga malu daripadanya(tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya). [HR Bukhari]..
all the best for everybody who reads this..
i hate bio!
ReplyDeletebut u love d subject..
i <333 so much PHYSICS but unfortunately, u hate it..
huh?
hohoho...
ReplyDeletei x really hate it but just x get the concept yet..
hoho..
well, different poles attract maa!!
haha..
thats why we r friends dear!