Sunday, December 13, 2015

Sebab kita tak sama..

Memang tak dinafikan, menulis memang terapi yang terbaik untuk diri. 
Bacalah apa saja yang dicoret disini kerana bila saat udara tidak lagi dihembus, tiada apa yang dapat dicoretkan.


Coretan kali ini mengenai seorang pelajar saya yang bernama Adib. 

Masih segar diingatan hari pertama saya berjumpa dengan Adib. Dia baru berusia 8 tahun, dia tak boleh berjalan (akan diberitahu sebabnya kemudian).

Saat itu, saya merasakan ada sesuatu pada Adib yang akan membuatkan kami rapat. Pada ketika itu, saya yang masih tidak memahami keadaannya berasa agak janggal tapi..
air mukanya, karenahnya menarik perhatian saya untuk lebih mengenalinya.

Sudah hampir empat bulan bersama dengannya, keadaan kesihatan Adib dinilai oleh sekumpulan pengamal perubatan. Dan berita yang mengejutkan kami (guru-guru) terima...

Adib disahkan menghidapi penyakit degenerative yang menyebabkan degeneration ke atas fungsi-fungsi badannya. dan.. doktor mengesahkan jangka hayatnya tak lama...

*****
bersambung

No comments:

Post a Comment