Monday, August 31, 2015

Pernah lalui.

Pernah tak awak lihat dihadapan mata sendiri peristiwa yang pernah dilalui?
Jika peristiwa itu menarik, pasti dapat merasai keseronokan mereka yang sedang alaminya. Jika peristiwa itu memilukan, kita pasti merasai kesedihan mereka.

Suatu petang, setelah selesai mengajar, saya terdengar satu berita daripada Cikgu F. Katanya, ibu Kadir mahu membawanya pulang, tinggal bersama-sama semula. (Untuk pengetahuan kalian, Kadir merupakan seorang penghuni rumah kebajikan.) Kebiasaan anak-anak disini mengistilahkan situasi seperti Kadir ini sebagai "balik terus" atau dalam bahasa Inggerisnya "for good".

Kami, guru-guru masih belum dapat kepastian atas berita itu sehinggalah Ayah(panggilan untuk pakcik yang berkhidmat untuk anak-anak ini) datang untuk menjemput Kadir.
Ya, memang dia balik terus.

Tiba-tiba, Cikgu F yang biasanya ceria, menitiskan air mata dan mulai sedih.
Keadaan Cikgu F membangkitkan kenangan yang hampir sama yang pernah saya dan kakak saya lalui sewaktu kami berkhidmat di sebuah rumah kebajikan , RA.

Saya cuba mengusap bahu Cikgu F, tanda memahami apa yang sedang bergelumang dalam sanubarinya. Peristiwa setahun lalu terus ligat bermain di minda.

**
Danial.

Kami terima berita daripda Uncle K berkenaan nenek Danial yang akan tiba beberapa jam lagi untuk membawa Danial, balik terus.

Danial merupakan 'pelajar jagaan' kakak saya dan sudah semestinya ada ikatan kasih sayang terbina dengan baik antara mereka. Dek kerana itu, saya juga sayang akan Danial. Kami diarah untuk6 mengemas pakaian dan barang-barangnya. Walaupun berat hati untuk melaksanakannya6, kerana terpaksa, kami relakan.
Saya, kakak dan Danial naik ke biliknya. Anak-anak disana namakan bilik mengikut 6nombor dan nombor bilik Danial (bilik jagaan kakak saya) ialah Bilik 8.

Pintu Bilik 8 dikuak, kali ini perasaannya berbeza daripada sebelumnya. Ini mungkin kali terakhir kami dapat memasuki bilik ini bersama Danial.
Warna ungu yang memenuhi dinding bilik itu mencetuskan suasana melankolik. Lukisan ikan jerung oleh anak-anak Bilik 8, kakak saya dan Volunteer S tidak lagi kelihatan agresif malah ia kelihatan suram.

"Danial, simpan gambar ni ya. Simpan juga soft toys yang teacher bagi tu," pesan kakak saya sambil menghulurkan gambarnya bersama anak didik tersayang.

"Saya tak nak balik. Saya nak duduk sini. Saya nak belajar kat sini," Danial mula membuka mulut, nadanya sedih.

Dan seterusnya...

Kami tidak mampu melakukan apa-apa selain berdoa dan Danial terus pergi meninggalkan kami. Itu yang terbaik untuknya.

Semoga Danial berada dalam penjagaan yang baik.

**
Kerana itulah, saya dapat merasai serba sedikit perasaan Cikgu F.

dan..
(akan bersambung..)




No comments:

Post a Comment